Hazrat Khalifahtul masih II r.a menjelaskan:PADA
KALIMAH JA’ALA FITNATAN NAASI KA’ADZAABILLAHI”diketahui bahawa terdapat
perbezaan besar antara azab dan ujian.tetapi disebabkan kejahilan,manusia tidak
memperhatikan perbezaanya dan beranggapan bahwa kesukaran yang mereka hadapi di
jalan Tuhan itu sebagai penyebab kehancuran mereka.Padahal disebabkan itulah
mereka akan mengalami kemajuan.
Berikut
adalah beberapa perbezaan besar antara azab dan ujian yang perlu diketahui;
*Azab
akan mengakibatkan kehancuran dan kebinasaan,tetapi tidak demikian dengan
walaupun kesukaran memang dirasakan oleh kedua keadaan ini.Perhatikanlah
kehidupan Rasulullah S.A.W walaupun berkali-kali baginda terjebak ke dalam
genggaman musuh dalam keadaan bersendirian,Allah Taala sentiasa menyelamatkan
baginda.Tetapi Abu Jahal yang hanya satu kali sahaja tertangkap dengan
askarnya,langsung mati di tempat kejadian.
*Azab
akan mengakibatan bertambahnya kerugian,tetapi sebaliknya denagn ujian,akan
menambahkan manfaat.Misalnya ujian pada bola getah,sekras apapun ia dilemparkan
,sehebat itulah ia akan melompat-lompat.tetapi jika manusia terjatuh ke dalam
azab,dia tidak akan bangkit lagi.
*Terhadap
siapapun azab diturunkan,maka akan timbul rasa putus asa dan ketakutan dalam
dirinya.tetapi kepada sesiapapun ujian diturunkan,maka di dalam hatinya akan
timbul rasa ketenangan dan ketenteraman.ketika azab turun ,maka disebut sebagai
‘maghdlub’ “aduh,saya sudah mati”,atau walaupun dia tidak takut denag azab
itu,maka perasaan takbur dan gelora
egoismenya mula menguasai hatinya dan dia beranggapan,:siapa yang mampu
membunuhku?Tetapi ketika ujian datang insane tersebut akan mengatakan “saya
tidak peduli,saya lemah dan tidak berdaya”tetapi penyelamatku adalah yang Allah
yang maha Perkasa.Dan keyakinan terhadap Allah Taala semakin bertambah,sehingga
prasangka baik terhadap-Nya akan semakin kuat.