Thursday, April 9, 2020

Terkilan Kalbu Wajibul Doa



CVD sembilan belas
Aku wajar menghindar dari mu
Bukan aku tidak bertawakal
Tapi ku kenal hakikat khauf
Destinasi hakikat tawaqal
Seluas laut dan daratan Nusantara
Tafsirlah samahu sukma mu insan
Aku takut khilaf sifat insaniat ku
Lalu merenggang qurub Illahi
Tanpa ku sadari dalam alpa.
CVD abad dua puluh satu
Garang ngaungan halus mu
Membuat saraf ke jantung kencang
Berdenyut secepat detik nadi
Mendaki gunung Kinabalu
Awan seakan menghimpit dada
Lalu Nafas tersekat dikerongkong
Kaca kaca melakar halkum
Wajar ku takut pada Illahi
Kerana FirmanNya Jadi maka terjadi
Aduhai Khalik Pencipta Maha Agung
Gagah Mu kalis bandingan
Semua adalah hamba Mu
Kasihani kami tolonglah kami
Tidak sehelai rambut tersembunyi
Tiada sehelai daun terpisah dari ranting
Tiada bunga terlepas dari mayang
Melainkan Engkau melihat jelas
Anak purnama sedetik umur
Telah tercatat dialam mahfus
Bukalah Makam Mahmuda
Agar indraku mampu melihat
Dimana penawar Syafi Maha Ghaib.
..

Nukilan Pena cahaya Minda 
3 April 2020

No comments:

Post a Comment

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...