Tuesday, July 30, 2019

Bumi Redha

Turun atas perintah Pemilik bumi
Tiada tandingan kuasa Mu
Bila Engkau berfirman Kun
Maka itulah hakikat atas Ma' rifat
Wujud ini ibarat debu dipinggir jalan
Kesal disalut rindu membara
Membakar hangus belantara kalbu
Gunung Kinabalu yang dipenuhi salju
Gagal mendamai kerinduan itu
Seperti pantai luas tidak bertepi
Hanya air dan gelombang membaham ketenangan
Milik siapa Rabbulalamin
Penguasa langit dan bumi
Gersang dataran bumi dan rimba
Hujan Dia turunkan sebagai rahmat
Taufan badai dan hujan ais
Bukan pemusnah kedamaian
Tapi agar setiap insan mengenal hakikat.
Nukilan Pena Cahaya Minda 
@ 24.July.2019

Kemelut Bila Berakhir ?



Pertanyaan bertingkah soal
Berdekad belum terjawab
Ombak masih mengulit air
Ada apa disebalik angin
Terus bergolak menghasilkan badai
Penghuni samudera jadi mangsa
Sampah sarap memenuhi pantai
Entah bila kemelut berakhir
Non diNegara jiran
Badai telah bertiup kencag
Deru menghakis tebing pantai
Cepat berlalu mengganti air
Kini jernih mengalir 
Yang kotor menjadi bersih
Angin kini berhembus damai
Bersatu membangun salju
Kemelut dendam telah berakhir
Aduhai Negara ku Malaysia
Mengapa samudera masih bergelora
Ombak bertembung ombak
Badai membantai pantai
Gelombang menikam bahtera
Amuk paus dari perlis ke Sabah
Bila alam menjadi aman sentosa
Andai kemelut menutup laut.
Nukilan Pena Cahaya Minda
@ 21.July.2019
Image may contain: ocean, water, sky, cloud, outdoor and nature

Perjalanan Panjang



Indah layar senja
Hiasan sang mentari saga
Menghibur dengan lukisan 
Terpamer dikaki malam
Perjalanan lebih bermakna
Diselangi kenangan indah
Ketika putaran roda terhenti
Didestinasi hentian Pagoh 
Sempat menyebarkan kebenaran
Ya Illahi Rabbi!
Engkau telah menyediakan ruang
Pasti para da'i yang hakiki
Mencari peluang dan ruang
Andai alpa buat seketika
Kesal pasti tidak bertepi
Merantai perjalanan maha panjang
Sehingga menemui jalan pulang
Ketika senja menarik tabir malam
Kusapa lamunan diiringi bayu
Moga hijab sukma didada mereka
Tersingkap saat menghayati krisis dunia
Siapa berperanan menyebar damai
Saat perang dunia ketiga mendekat
Mentari senja merah saga
Ku nobat kau sebagai saksi
Purnama penuh adalah saksi diatas saksi.
Nukilan Pena Cahaya Minda 
@ 16.July.2019
Image may contain: sky, road, cloud, outdoor and nature
.

Noktah Hanya Maut

Bila kaki telah melangkah
Batu kelikir menghalang
Akan ku gilis lumat
Luka dan darah
Penawar maha hebat
Dalam alam sadar
Mimpi mimpi khalis
Yang telah berujud
Adalah alam realiti
Bila kaki telah melangkah
Taufan bertaup kencang
Akan ku tawan bersama awan
Kubina penjara disudut sukma
Agar halangan terkurung diluar
Beban terhimpit diatas
Lalu ku takluk penjuru
Dan daun pintu menghalang
Terkunci disetiap ruang
Keinginan kawan jadi arang
Impian musuh jadi debu.
Andai kaki telah melangkah
Dikalbu telah tertanam
Aku dengar dan aku taat
Itulah inti pati Al Quran
Biar berat bahu memikul
Biar berat mata memandang
Aku dan langkah Istiqamah
Yang ku dambakan reda Illahi
Sekali pun fitnah durjana
Dilepas setiap penjuru
Aku telah lama melangkah
Tanpa sijil anugerah dunia
Jauh konvo diiring dekan
Apalagi master dan phd
Namun tekad menjunjung sunah
Terbujur lalu melintang patah
Hanya maut menjadi noktah.
Nukilan Pena Cahaya Minda 
@15.July.2019

Mentari Pagi Helang Saujana



Bukan igauan mimpi
Tapi hakikat cahaya
Merampas gelap malam
Dengan pergolakan damai
Pemersatuan atas kuasa
Dalam usia keramat
Murid musuh kesumat
Bagai api membakar sekam
Cita dan rasa membara
Kuasa diatas kuasa
Namun musuh tegar 
Bukan pesaing arena
Lantaran mereka tewas
Digelanggang ke empat belas
Kini masa kian singkat
Pekerjaan masih banyak
Anak anak muda
Sahabat handai taulan
Cendikiawan Sastrawan pakar
Petani nelayan buruh
Menuntut kemampuan keadilan
Bijaksana berkongsi cita 
Cinta kasih dan rasa
Suara mereka gegap gempita
Sinopsis gelimang sumbang
Tak kurang generasi muda
Yang mabuk kepayang
Suara terhuyung hayang
Mendabik dada, aku master!
Aku pakar aku pahlawan!
Aku paling digeruni!
Namun sekadar nafsu nafsi
Mengadai bahasa tanpa erti
Mereka alpa lupa
Sebelum mentari bersinar
Resmi helang menyarung jiwa
Terbang kepuncak gunung
Tafakur seratus lima puluh hari
Kuku yang berlekok
Paruh yang bersiung
Dihempas sampai patah
Bulu yang merimas
Dicabut rapi tumbuh kemas
Lalu mampu menganyam masa
Menggalas tugas demi bangsa
Nukilan Pena Cahaya Minda 
@ 10.July.2019
Image may contain: sky, twilight, cloud and outdoor

Sekadar Menyebarkan Kasih Sayang



Cinta buat semua
Tiada benci buat sesiapa
Dari hati ku galas tugas 
Bukan mendamba imbuhan
Apalagi balasan duniawi
Senoktah pun tidak wujud
Harapan dan angan angan
Andai kalis redha Illahi
Semuanya tanpa makna.
Langit saksikan setiap perstiwa
Samudera bersahabat dengan angin
Selalu menghalang perahu layar
Anak anak perahu terancam
Namun tidak pernah mengeluh
Lumrah hidup beralas zaman
Tercatit dilangit berbingkai awan
Ketika cerah alam dunia
Mampu dibaca insan yang buta
Nukilan Pena Cahaya Minda 
@ 7.July.2019

Kecepatan Penuh Makna



Pedal minyak masih ada ruang
Jarum menecah 140/160
Terasa mengusir rasa bosan
Perjalanan kejauhan 400 km
Masih terasa layanan hobi
Usia renta selalu menggamit
Tersentuh sukma yang renta
Andai 30 dekad Yang silam
Entah dimana beza jauh dan dekat.
Akankah aku abaikan mereka
Kelajuan bagai angin taufan
Meninggalkan jarum 160
Tiada makna buat mereka
Kamera cctv tak mampu merakam
Pecutan bagai dikejar malaikat maut
Tanpa fikir tayar setengah usia
Kecepatan penuh makna dikejar
Namun sebenarnya masih tertinggal
Oleh laluan masa lebih bermakna
Bersama mereka yang tersayang
Lalu hitunglah putaran roda 
Bagi kehidupan sebuah hayat
Kita akan mengatakan bila terhenti
Lantaran apa dimana dan kenapa
Pada perjalanan sepanjang usia
Ramai anak mencari ayah dan ibu
Ada juga ayah dan ibu
Mecari dimana anak 
Arus jalan raya membaham manusia
Lebih banyak berbanding buaya disungai rajang.
Nukilan Pena Cahaya Minda 
@ 3.Julai.2019
No photo description available.

Monday, July 29, 2019

Danau Di Lembah Marudu



Tempat gugur lagi dikenang
Tempat lahir jangan lupakan
Tempat berjaya biarkan tinggal kenangan
Tempat berjuang disanjung jangan
Tempat kembara biar dipotret
Hanya catitan mampu berbicara
Danau Lembah Marudu
Entah apa mahu dinobat
Pahit manis sukar dilupa
Disana dilakar seribu kenangan
Antara perjuangan belum usai
Tugas masih banyak masa kian singkat
Aku tidak mahu menghitung detik
Kini danau Lembah Marudu
Tertanam diaras sukma
Diluah mati ayah
Ditelan mati ibu
Namun benih kutanam
Pasti tumbuh subur
Tiada racun mampu membunuh
Akarnya telah menjunam
Jauh dikerak bumi.
Nukilan Pena Cahaya Minda 
@ 30.June.2019

Damailah Di Alam Abadi

Renunglah buat kesekian Kali
Renunglah lagi tanpa bosan
Dibalik potret ini ada pesan
Ada kesan Yang takkan hilang
Buat kita meneruskan perjalanan ini
Air Mata mengairi langkah kita
Hanyalah bunga kesedihan sementara
Pasti akan tinggal kenangan
Dilipatan hayat yang berlapis
Dipara para kepahitan
Sebuah perjalanan maha panjang.

Renunglah lagi dan lagi
Dari satu menjadi dua
Dua menjadi empat ,Lima,Enam
Dan terus bertambah ibarat benih
Tidak akan pernah ternoktah
Selagi Allah kehendak
Ladang kian luas
Menumpas belukar dan rimba buana
Bukit bukau gunung ganang
Bukan penghalang perjalanan
Tapi ibarah kita didalam mereka.

Nukilan Pena Cahaya Minda
@ 27.June.2019

Image may contain: 2 people, people smiling

Rumah Wakaf Di Puncak Saujana



Ketika malam memerintah alam
Dengan kegelapan yang garang
Terbungkus sepi wajah mentari Siang
Haiwan Dan unggas masuk ke sarang
Kejora muncul di celah langit
Dengan cahaya penuh makna
Berusaha membantu purnama
Mengusir kegelapan alam
Purnama belum menjulang takhta
Entah dimana Istana dirangka
Renunglah wajah rumah tua
Dipuncak bukit Taman Saujana
Mampu bersinar digelap Malam
Tempat bermunajat para da'i 
Sujud hingga kesaraf bumi
Mengalirkan air mata mengemis simpati
Pada Mu Illahi Rabbi
Adalah tujuan hakiki Kami
Moga redha Mu mengalir dari langit
Buat pengunjung setia dirumah wakaf ini.
Nukilan Pena Cahaya Minda 
@ 20.June.2019
Image may contain: night and indoor

Lilin Alladin

Pertama wujud bahasa ini dialam Maya
Belum pernah Ku dengar disebut dialam nyata
Namun kalbuku Yakin
Lilin Aladdin akan jadi lagenda
Meniti dibibir waktu dan detik
Melangkah dikali langit
Menitik digumpalan awan
Melakar sejarah dialam hayat
Ketika sampai diaras samudera
Akan terapung mengharungi badai
Gelombang kencang diulit angin
Gagal memadamkan cahaya apinya
Digosok bukan keluar Jin
Tapi haruman menghentikan keganasan
Biarlah didunia tersimpan dimemory
Lagenda cahaya lilin Aladdin
Seorang pengembara fakir miskin
Terjumpa lilin Aladdin
Zaman kegelapan memerintah hayat
Saat digosok lilin Aladdin
Menyalalah api membakar lilin
Contoh pengorbanan akan abadi
Membakar diri menerangi Insan lain
Lilin Aladdin
Menyalalah jutaan tahun lagi
Cahaya yang sedikit tapi ikhlas
Mampu bertahan zaman berzaman
Selagi ada mentari selagi itu bersinar
Andai Insan memahami hakikat
Cahaya lilin Aladdin
Pasti noda dan dosa hangus terbakar
Debunya menjadi baja kehidupan rohani.
Nukilan Pena Cahaya Minda
@ 18.June.2019
Image may contain: fire and night

Cermin Itu Kacakah ?



Hati manusia disekitar Kita
Bagaikan cermin dalam kaca
Mudah tergores luka
Akan pergi meninggalkan kebaikan
Yang pernah kita tanam
Kita jaga baja dan rawat
Tanpa merenung kenapa digores
Mudah pecah bertabur serpihan
Tanpa berfikir kenapa disinggung
Apakah kerana kejamnya hati
Atau mengawal jangan tersesat jauh
Dari landasan Al hak
Renunglah bayangan didalam kaca
Andai wujud asli pecah berkecai
Semua kebaikan hilang bayangan
Dalam mimpi pun sirna
bagai igauan ketika sedar
Tapi andai cermin pecah berderai
Bayangan pun tak mampu disimpan
Melainkan membuang segalanya
Dari ingatan dalam kehidupan
Itu fiel dan kaul
Yang membakar Iman
Seperti api membakar daun lalang
Yang kering ditiup angin
Lalu izinkan aku merungkai soalan
Apakah cermin itu kaca
Ketika pecah berkecai
Tidak mungkin dicantum lagi
Bahkan serpihan menjadi ancaman
Yang melukakan dan mengalir darah
Untuk apa disimpan rapi
Tiada ruang mampu bersama
Kerana tajamnya menghiris dalam
Dari kulit sampai kesukma
Itu cermin atau kaca
Sama namun tidak serupa.
Nukilan Pena Cahaya Minda 
@ 17.June.2019

Berbicaralah Potret



Bukan hendak menempah nama
Bukan juga mencari pengaruh
Jauh dari langit mencari dunia
Tapi bertekad menyebar benih perdamaian
Dibumi Darul Ta'zim
Cinta untuk semua
Tiada benci buat sesiapa
Langkah mu langkah pahlawan
Semangat pendekar berkobar
Dari relung sukma mu
Keris terhunus dipinggang
Senjata bukan menjual
Namun pantang tidak membeli
Andai bangsa tergadai
Negara dicabul terjual
Agama terbiar diabai
Pasti berkorban adalah tujuan
Biarlah potret berbicara
kata demi kata teranyam kalimat
Aku bukan pahlawan seperti mereka
Tapi cuma Da'i tidak berharga
Doa dan nawaitu adalah senjata
Moga Kami bersatu dibawah panji
Yang pernah dikibar Zahid bin Harithsah
Akan kami tawan tiap rimba belantara
Bukit bukau gunung ganang
Kg desa pekan dan Kota
Demi menghadap redha Illahi.
Nukilan Pena Cahaya Minda 
@ 15.June.2019

Kenangan Setahun Sudah

Terbaca kalimat selamat Hari Raya
Dilatar belakang potret yang membisu
Abstrak dimata zahir
Namun wujud dimata hati
Terlalu sukar diusir
Setahun yang lalu
Seorang Insan telah pergi
Meninggalkan desa ini
Saat Shawal masih sebagai tetamu
Setahun rasa bagaikan sehari
Malam dan siang berganti
Shawal datang lagi
Ketika kami dirantau Ta' zim
Pada Shawal purnama yang Sama
Genarasi pertama Yang terakhir
Pulang kerumah asalnya
Hijrah mu tidak kembali lagi
Banyak kenangan yang kita lakar
Akan Ku kenang selamanya
Selamat jalan Tangahku
Moga redha Allah sentiasa mengiringi mu
Doaku mengiringi pemergian mu
Moga damai dialam abadi
Nukilan Pena cahaya Minda 
@ 10.June.2019

Buzuri Dalam Wujud

Siapa yang mampu mengenal bayangan
Dalam wujud rohani dialam nyata
Tak kenal maka tak cinta
Carilah hakikat dibalik cahaya itu
Andai ketika siang memerintah
Pasti ada disebalik mentari
Kiranya malam berkuasa dialam
Carilah didalam remang cahaya purnama
Tapi bila diantara Siang dan Malam
Kejarlah dibatas cahaya kejora
Pasti kebenaran bukan satu igauan
Andai itu hikayat mimpi
Tapi itu pasti isyarat hakiki Hidayah
Bagi para pencari ditarikat yang suci.
Ayuh bertabayunlah dialam wahyu Al Quran
Ada Isyarat ayat muhkamat
Menjadi penyuluh setiap kalimat
Jangan cuma diimpi mutasabihat
Untuk menganyam rakit didanau kabut
Akan membawa kegelombang murka
Hingga suluh kehilangan cahaya
Belukar menjadi rimba belantara
Bukit bukau menjadi gunung berbatu
Akhir akal meninggalkan Hidayah
Surah sarat dengan wahyu
Membawa nubuatan zaman akhir
Ada Ahmad buzuri Muhammad
Sifatnya Jamil menghadapi musuh
Dari Timur membelah Barat
Lalu diutara menjarah Selatan
Setiap ukuf dilaungkan takbir
Diikuti Canang Tahmid Illahi
Diurap Tasbih memenuhi bumi
Gendang doa meremang Roma
Akan mencairkan gelombang api
Lalu menghanguskan badai samudera
Seperti zaman wujud Muhammad SAW
Dimana menyatu dua kalimat
Dari antara Insan Kamil dengan Illahi
Ashadualillahaillah wahdahulah Syarikat
Wa ashadu ana Muhammadan abduhu warasuluhu.
Nukilan Pena Cahaya Minda 
@ 7.June.2019

Aku Cuma Pembaca



Hayat ibarat cahaya dalam kaca
Hanya mampu membaca 
Tapi memori yang menyimpan
Hingga berselerak di para para perjalanan
Nanti ketika tinggal kenangan
Mereka coba mencari kotak memori
Dimana dirakam ,disimpan
Mengapa cuma tinggal kenangan
Dan menjadi masa silam
Aku cuma pembaca 
Setiap lintasan potret
Perubahan dalam wujud
Tidak boleh ditahan
Masa silam aku bayi
Lalu masa menelan usiaku
Kini kian tua renta
Wajah meronta ingin kekal
Kan itu menentang hukum alam
Yang berputar diaras kehidupan
Alangkah Maha Pemurah Nya Illahi
Kegembiraan cuma terlintas disukma
Kedamaian cuma lintasan detik kalbu
Jadi kenyataan bukan cuma kenangan
Moga warisan Ku 
mengenal Mu 
Sungguh Engkau pemilik Abadi
Tiada siapa mampu merampas
Apa yang Engkau kehendaki buat hambaMu
Nyata aku cuma pembaca coretan ini
Mari masuk kekotak coretan
Kita bersama membaca
Lalu catat like tanda telah membaca
Itu pun akan jadi kenangan
Pada masa silam akan mendatang
Ketika Hari menghampiri wajah malam
Dimana kita telah menjadi lupa
Dan mencari dimana perginya
Memori menyimpan kenangan.
Nukilan Pena Cahaya Minda
@6.June.2019
Image may contain: 1 person, sitting and indoor

Salam Maaf Dan Kerinduan



Dari kejauhan dirantau 
Kutitip kerinduan bersama salam Eidul Fitri
Masa memisahkan Kita
Namun kalbu tidak boleh berdusta
Kenangan masa silam menggamit rasa
Walau haluan sudah tidak sebahtera
Tapi ikatan antara Kita 
Tetap tersimpul erat Hingga ke akhir hayat
Ketika malam Kian mendalam
Mata terpejam pandangan kalam
Kentuk seakan kalis
Dari memory mewarnai perjalanan
Aku terkenang kita bersama dari kecil
Hingga remaja dan dewasa
Kini renta memerintah jasad
Tapi nostalgia kian seksa meronta
Apa lagi terdampar dipantai raya
Sedang ombak bergema
Senandung meronta memecah hiba.
Lalu dari kejauhan darul Ta' zim
Ku susun kelimat yang tersemat
Dari sekeping sukma yang Lara
Selamat hari raya maaf zahir dan batin
Dan salam kerinduan
Dari Insan yang penuh kelemahan
Jangan disimpan beralas sukma
Jangan dendam
membungkus kalbu
Buat ahli keluarga yang tercinta
Handai taulan kenalan dan sahabat.
Nukilan Pena Cahaya Minda 
@6.June 2019.

Dermaga Ramadhan



Izinkan kaki ini melangkah lagi
Dalam meneruskan perjalanan
Entah dimana kita berpisah
Atau diukuf mana kita dipertemukan
Aku hanya mampu menghitung jari
Mengukur saat perpisahan ini
Andai masih diberikan kesempatan
Bertemu didekad mendatang
Pasti purnama sama tapi tidak serupa
Aku mohon keampunan Mu wahai Rabbku
Terlalu banyak kilaf dan kelemahan ini
Hingga noda dan dosa melingkari
langkah
Untuk memisahkan bukan kemampuan Ku
Selain sujud mengemis simpati Mu
Sesungguhnya Engkau menyintai pemohon ampun
Justeru itu aku memohon ampunan Mu
Entah aku tidak mengerti
Apakah Ramadan meninggalkan aku
Atau wujud kau yang meninggalkan dermaga itu
Dermaga Ramadan Kareem Al Mubarak
Yang sering mendidik Ku
Mengenal diri dalam diri
Membakar sombong menghangus ego
Hingga ku lihat rapuhnya jasad ini
Tidak berdaya mengembalikan rambut
Yang tercabut dari tempatnya
Melainkan kalimat Innalilahi Waknalillahi rajiuun
Catatan malam 28 Ramadan 2019.
@02.June.2019

Cahaya Kebenaran



Awan dalam cahaya awan
Siapakah yang mampu membaca
Kerana itu sinar cahaya langit
Yang telah berabad terpamer
Selalu terulang dan diulang
Buat tetapan para Insan
Kerana dakapan siang gemilang
Melakar jalur warna penuh makna
Untuk ditafsir dialam puisi
Agar warna bukan bermakna lukisan
Langit bukan penampung gumpalan awan
Angin bukan penghawa dingin
Tapi penyumbang hayat rohani Insan.
Lalu apa sinopsis di balik makna
Lakaran puisi membungkam sukma
Tafsir pembaca beraneka ragam
Hingga jadi tafsir di dalam tafsir
Sukar diramal mahfumnya
Kerana puisi itu hidup tanpa nadi sendiri
Huruf demi huruf dipinjam
Lantunan suara dari halkum
Irama mesra alam yang abstrak
Kalimat terlerai merwarni perjalanan
Seorang puitis dianggap pengemis
Yang menangis dibingkai deklamasi
Ah aku pun terperangkap dalam jejak
Yang dialirkan oleh sang bayu
Hembusannya dingin damai
Dari puncak Nabalu yang gagah
Terpacak dinegeri Ku Sabah dipuncak bayu
Walau kemana kaki menjejak kembara
Kalbu ku tidak mampu menghapus memory
Yang mendominasi setiap harakat bumi mu
Setiap daerah dan Kota
Aku tetap merayau siang dan Malam
Dengan cahaya Kebenaran yang tidakkan pupus.
Nukilan Pena Cahaya Minda
@29.May.2019
Image may contain: cloud, sky, outdoor and nature

Cahaya 10 Malam Terakhir



Malam tidak pernah bertukar Siang
Kerana Siang Lailatul Qadar tak berwujud
Setengah abad aku jadi saksi
Malam tetap malam
menghampar selimut kegelapan nya
Sinar purnama bersatu dengan kejora
Namun berkuasa cuma di batas waktu
Sang bayu menghembus gumpalan asap
Ternyata terkandas di aras ranjang langit
Aku menebus rongga Malam
Suara tangisan bertali arus doa
Dari seorang ayah tua renta
Uban memenuhi umbun umbunnya
Nafas tersekat sekat menyusun kelimat
Ampuni aku Isteri ku anak anak Ku
Kedua ibu bapa ku ibu dan bapa mertuaku
Anak anak menantu ku 
Abang kakak dan adik adik Ku
Atuk atuk dan para nenek ku
Keponakan dan kaum kerabat ku
Ahli Islam hakiki di merata dunia
Yang Ku kenal mau pun tidak
Ya Illahi Rabbi Engkau Maha pengampun buat kami
Engkau menyintai peminta ampun
Maka ampuni kami ya Illihi Rabbi
Nukilan Pena Cahaya Minda 
@27.May.2019

Sepuluh Malam Terakhir

Duduk bersimpuh menghayati zikir
Waktu singah malam sepuluh
Aku adalah penanti yang setia
Setiap dekad mencari peluang
Tidak pasti apakah setengah abad
Menanti hadir Lailatul Qadar
Keyakinan dipuncak awan
Allah Maha Pemurah dan Maha penyayang
Tidak membiarkan hamba musafir
Yang kelana dipersada bumi ini.
Lailatul Qadar menemui insan
Bukan lantaran Ihsan manusiawi
Bukan kerana menahan lapar dahaga
Bukan kerana cinta akhirat
Atau benci urusan dunia
Tapi kerana Maha CintaNya Allah
Pada Insan yang ikhlas mencari Nya
Mengenal diri sebelum mengenal Allah
Mengenal Rasul melalui Cinta hakiki
Menerima Utusan Illahi lalu mentaatinya.
Kini detik mengenang masa silam
Waktu itu aku berpuasa
Menahan haus dan lapar
Malam Lailatul Qadar sudah kurindui
Lalu aku kembara keserambi alam
Mencari malam didalam malam
Yang menyembunyikan Laitul Qadar
Hijab akan tersingkap
Ketika Allah redha membuka langit
Lalu Lailatul Qadar menjadi rahsia
Dalam rahsia
Buat Insan yang menanti dimalam sepuluh terakhir.
Nukilan Pena Cahaya Minda 
@ 25.May.2019
Image may contain: night, sky, tree and outdoor
.

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...