Sunday, January 13, 2013

ANTARA AZAB DAN UJIAN


Hazrat Khalifahtul masih II r.a menjelaskan:PADA KALIMAH JA’ALA FITNATAN NAASI KA’ADZAABILLAHI”diketahui bahawa terdapat perbezaan besar antara azab dan ujian.tetapi disebabkan kejahilan,manusia tidak memperhatikan perbezaanya dan beranggapan bahwa kesukaran yang mereka hadapi di jalan Tuhan itu sebagai penyebab kehancuran mereka.Padahal disebabkan itulah mereka akan mengalami kemajuan.
Berikut adalah beberapa perbezaan besar antara azab dan ujian yang perlu diketahui;
*Azab akan mengakibatkan kehancuran dan kebinasaan,tetapi tidak demikian dengan walaupun kesukaran memang dirasakan oleh kedua keadaan ini.Perhatikanlah kehidupan Rasulullah S.A.W walaupun berkali-kali baginda terjebak ke dalam genggaman musuh dalam keadaan bersendirian,Allah Taala sentiasa menyelamatkan baginda.Tetapi Abu Jahal yang hanya satu kali sahaja tertangkap dengan askarnya,langsung mati di tempat kejadian.
*Azab akan mengakibatan bertambahnya kerugian,tetapi sebaliknya denagn ujian,akan menambahkan manfaat.Misalnya ujian pada bola getah,sekras apapun ia dilemparkan ,sehebat itulah ia akan melompat-lompat.tetapi jika manusia terjatuh ke dalam azab,dia tidak akan bangkit lagi.
*Terhadap siapapun azab diturunkan,maka akan timbul rasa putus asa dan ketakutan dalam dirinya.tetapi kepada sesiapapun ujian diturunkan,maka di dalam hatinya akan timbul rasa ketenangan dan ketenteraman.ketika azab turun ,maka disebut sebagai ‘maghdlub’ “aduh,saya sudah mati”,atau walaupun dia tidak takut denag azab itu,maka perasaan takbur  dan gelora egoismenya mula menguasai hatinya dan dia beranggapan,:siapa yang mampu membunuhku?Tetapi ketika ujian datang insane tersebut akan mengatakan “saya tidak peduli,saya lemah dan tidak berdaya”tetapi penyelamatku adalah yang Allah yang maha Perkasa.Dan keyakinan terhadap Allah Taala semakin bertambah,sehingga prasangka baik terhadap-Nya akan semakin kuat.

No comments:

Post a Comment

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...