Friday, May 10, 2019

Selamat Tinggal Negeri ku.


Sungguh berat Mata merenung
Berat lagi kaki melangkah
Kian Ku renung Kian dalam kerinduan
Serabut sukma ku berkecamuk
Hala tuju mengikut rasa
Andai badai menghalang
Aku harus jadi pejuang
Selamat tinggal tanah tumpah darahku
Tempat gugur lagi dikenang
Inikan pula tempat tutuban bersemayam
Nama ku terpahat dilereng Nabalu
Air Mata ku penawar rindu
Ramadan dekad ini aku di rantau.
Sedikit yang memahami
Sukma tercalar lantaran dunia
Harta lebih mereka cintai
Dari harga cinta kasih keluarga
Walhal itu Yang adalah warisan
Yang mendarah dalam daging
Usirlah sangka Salah mu
Agar Iman tidak terbakar
Lantas muncul fitnah berakar.
Nukilan Pena Cahaya Minda @ 8 May 2019

Image may contain: one or more people, sky, cloud, outdoor and nature

Ramadan 2019




Engkau datang lagi di dekad ni
Gemerlap harapan bersinar di buana
Janji itu pasti bukan hembusan angin
Tapi termaktub disinggahsana aras langit
Bersaksikan para Malaikat pencatat masa
Dari detik agama awal
Hingga ajaran khataman Nabiyen
Ramadan maha setia 
Datang mu tidak pernah terlambat
Atau terawal sebelum jangkaan
Engkau pernah singgah di bumi pada 1962
Waktu itu aku pun baru hadir
Aku di nobat dari awal nama mu
Waktu dan detik itu
Aku memegang erat tali pusat ku
Pasti lidah ku telah berikrar
Allah adalah Khalik Maha Agung
Dan aku adalah hambaNya
Kini aku melampaui dewasa
Khilaf dan alpa memerintah wujud
Ketawa senyum bukan lagi cara hidup
Apalagi bercanda dengan hiburan
Atau lakonan dilayar perak
Rumah kata pergilah
Pusara menjemput marilah
Wajar kah Engkau yang hadir
Atau aku menumpang di anjung mu Ramadan
Membuat aku sedar
Engkau diutus di persada dekat 
Adalah rahmat dari kemurahan Illahi
Nukilan Pena Cahaya Minda @ 6 May 2019

Image may contain: sky and outdoor

Pertemuan Dua Cahaya




Kita ada bayangan masa silam
Lahir dari anjakan paradigma
Wacana bayangan leluhur zaman
Yang tidak akan kembali semula
Di dunia yang fana lantaran terlena
Ibarat debu yang tidak ternilai
Lihat lah bayangan mentari
Tidak tersingkap hijab antara bayangan
Dengan mentari realiti
Air adalah warna latar kehidupan
Warisan bayangan kita
Membuat damai dan dingin
Perjalanan kita lewati bersama
Laksana janah firdaus dunia
Dedaun dan sang bayu
Adalah muzik anjung mimpi
Yang menghalang terik mantari
Dari menghanguskan cita cinta
Moga kalis derita disukma
Dan terhindar duka dijiwa
Buah surgawi alam samawi
Dari pertemuan dua cahaya
Antara Laila dan Majnun
Nukilan Pena cahaya Minda @ 4 May 2019

Image may contain: one or more people, people standing, sky, twilight, outdoor, nature and water

Kebenaran Itu Pahit




Pohon kebenaran terlalu pahit 
Pencari halawa dunia
Tidak mampu memanjat
Apa lagi memakan buahnya
Mencicipi daun muda
Pahitnya hanya terasa dihalkum
Tapi kalbu meraih penawar
Wujud jasad pulang membawa kemanisan
Renunglah hakikat dunia
Kalbu bersalut wajah
Menembusi bumi hingga ke alam air
Disanalah sumber minuman serbat
Kehausan akan hilang
Sedang yang bersukma jalang
Perjalanan direndung malang
Alam rohani meronta ketika pulang
Ketika pencinta dunia Bersekongkol menghalang Al hak
Bertindak ikut nafsu
Namun merasa sunnah beginda SAW
Islam hakiki kalbu berbingkai intan
Dihempas tidak pecah
Digilis tidak kan lumat
Dibakar tidak hangus
Diamuk gelombang tidak tenggelam
Bahkan melambung berganda tinggi
Nukilan Pena cahaya Minda @ 4 May 2019

Kemana Langkah Ku




Berdekad langkah ku atur
Tidak mampu ku hitung jumlah
Kekadang terhenti di persimpangan
Dalam menantah detik
Wancana fikiran terbabas landasan
Seibarat anak anak perahu
Terlepas tali dari simpul mati
Dan kembali pada wadah
Kesimpulan yang sudah dirancang.
Ramadan langkah ini kian hampir
Mendakap kerinduan sering terulang
Aku singgah diruang tamu mu
Menghimpun kekuatan kudrat ibadah
Tersingkapkah quat kudsyiah 
Hingga kepingan sukma
Lupa akan keperluan wujudnya
Lidah lupa air mengalir ke bibir
Angan angan lupa berfikir maya dunia
Air yang mengalir dari langit
Tambah deras mengikut arus
Ketika zikir Ramadan melantun tinggi
Tasbih rapat dianyam
Takbir menyentuh aras samawi
Tahmid mengukur batas waktu
Tilawah membakar bisikan syaitan
Lalu alam rohani menyingkap hijab
Lantaran berpuasa bukan buat hambaNya.
Nukilan Pena cahaya Minda @ 3 May 2019

Image may contain: cloud, sky, outdoor and nature
Kita cuma singgah dipersada maya
Tawa dan bercanda adat pertemuan
Moga bait luka tidak membekas
Entah lepas ni dimana kita bersama.
Sebelum Ramadan yang sarat dengan berkah hadir
Kelibat perilaku mohon dimansuh
Agar redha Illahi
Teranyam damai bersama seloka
Duka dan nestapa
Biar peri bersama embun pagi Ramadan.
Nukilan Pena Cahaya Minda @ 30 April 2019

Hutang pada Illahi




Pernahkah kamu hitung
Setiap perjalananmu di bumi
Penuh dengan hutang piutang
Setiap langkah bergerak
Nafas yang berhembus
Keringat yang menitis
Indra yang melihat
Kuping yang mendengar
Darah yang mengelir
Nadi yang berdenyut
Hata angan angan yang singgah
Dialam kalbu yang kabur
Ada hutang yang belum dibayar
Janji mu ketika dialam nutfah
Ikrar mu saat di alam rahim
Tidak akan sujud pada ciptaan
Melainkan pada Khalik Maha Agong
Tapi kala wujud menjadi manusia
Ramai lupa pada perjanjian
Dan piutang yang masih tercatat
Ramai alpa asal muasal
Ketika pulang dengan sesal tak sudah
Namun alam telah berubah.
Nukilan cahaya Minda @ 29 April 2019

Image may contain: sky, tree, outdoor, nature and water

Habitat Kenangan




Maaf kami menumpang di alam ini
Hadir mu adalah isyarat
Hukum melanggar hukum
Lalu kita bertembung memahat rencana
Aku adalah aku
Tidak pernah membenam dendam
Biarlah kesumat kembali ke rimba
Damaiku bersama arus diair
Lalu kini terlerai kalam
Di awan yang bertabir
Wajah suram mencari tempat
Kita adalah anak anak langit
Berkorban demi mengharap redha
Andai wujud mu mampu berbicara
Pasti kau dendang lagu puisi
Damai bersama air disungai
Andai setiap insan mengerti
Hayat yang telah renta ini
Tidak pernah curang pada alam
Tidak meminta sukma berprasangka
Lantaran cuma mengundang
Api membakar air yang dingin
Namun panas merungkai kepingan hati terluka
Biarlah sang haiwan lebih mengerti
Dengan apa sukma ini dirawat.
Nukilan Pena Cahaya Minda @ 29 April 2019

No photo description available.

Dermaga Laluan Hayat




Jasad sukma dan kalbuku
Bersyukur hingga ke aras tertinggi
Kerana Dia Maha Agung
Memberikan aku kesempatan termahal
Melalui dermaga hayat itu
Lalu menjadikan anjakan paradigma
Merenangi samudera luas
Walau badai gelombang ganas
Telah jauh di tinggal diarus dunia.
Esok ,lusa dan tulat
Purnama akan datang
Dekad depan dan seterusnya
Belum ada kepastian
Dibenua mana langkah ternoktah
Kenyataannya dermaga itu
Kian jauh tertinggal
Bersama lambaian masa silam
Segalanya terpahat digigi air
Bersama kenangan hayat
Yang tidak tidak mungkin dilupakan.
Nukilan Pena Cahaya Minda @ 25 April 2018

Kenyataan Bingkai Setitik Air




Air di danau adalah titik tangisan
Yang meronta di bingkai hayat
Sukar untuk dimengerti
Apa lagi untuk di fahami
Makna apa yang tersirat
Disebalik sebuah tangisan
Sehingga air membatasi kuasa
Yang terpendam di dasar air
Suara tangisan sekeping sukma
Yang tergores luka
Lantaran haloba menyusung hak
Lalu fitnah bertubi
Bagai anak anak panah
Menembusi alam kalbu
Ah cuma buat harta sebesar zarah
Yang tersisa dari keringat
Insan yang mujahit
Apakah harga itu
di hadapan mereka
Yang lupa menilai
Kesucian di kala hayatnya
Setitik air mata adalah keramat
Mampu merubah sebongkah batu
Lalu menjadi emas atau intan
Lihat aduhai insan 
Akan jadi kenyataan
Apa yang ku nobat ini
Bukan angan angan kebencian
Atau benih dendam kesumat
Tapi dari dasar air mata kecintaan
Buat insan yang bergelar saudara.
Nuklilan Pena Cahaya Minda @ 23 April 2019

Pohon Nyiur gading


Ku kenal sejak dini
Tiada siapa memberi tahu
Pohon nyiur mengandungi air
Banyak manfaat buat insan
Tidak ada yang terbuang
Dari pohon sampai kepucuk
Indahnya menawan sukma
Buahnya mengusir dahaga
Diperah menjadi santan
Dari santan menjadi minyak
Aduhai insan yang berfikir
Andaikan manusia dijadikan Nyiur
Lebih damai alam dunia.
Nukilan Pena Cahaya Minda @ 17 april 2019

Image may contain: sky, tree, ocean, outdoor, nature and water

Bayang bayang diri ini.




Larilah sejauh jutaan KM
Tanpa menoleh ke belakang
Ketika penat pasti berhenti
Menilai diri dan kemampuan
Legasi bukan sebuah mimpi
Atau igauan masa terlena
Zaman wajar berganti
Langit Dan bumi Sama
Wujud yang mewarasi 
Tempat bersemenyam semangat
Anak anak Blok O
Yakinkah kalau Allah milik mu
Dunia yang fana tidak menghalang
Perjalanan maha panjang.
Renunglah mentari dan bayangan
Susah untuk dibezakan 
Satu dikaki langit
Dan satu di dalam air
semua menumpang di alam fana
Seperti kita semua
Namun ramai yang terlupa
Atau mengusir ingatan
Engkau adalah bayang bayang
Dari titisan hayat ini
Ketika dialam kromosom
Ada janji setia terpahat
Tersurat dialam nutfah
Semoga gelombang badai dunia
Tidak akan membawa hanyut
Dan tergadai oleh arus dunia.
Nukilan Pena Cahaya Minda @ 11 April 2019

Image may contain: sky, outdoor, nature and water

Titik hujan sepanjang zaman




Wajah bumi yang dermawan
Dibalik kesibukan umat manusia
Lupa ucapan selamat turun air
Walhal wajah air selalu bening
Dingin segar dan damai
Takrif tidak pernah dinilai
Terpisah sehari keringlah sukma
Belantara terbakar menjadi arang
Ladang cinta menjadi debu
Rumah tangga berkerat arang
Anak dan ayah berpatah rotan
Rapuhlah dahan tersungkur dibumi
Renunglah ragam alam
Titik air hujan sepanjang zaman
Tanpa air ternoktahlah hayat
Nukilan Pena cahaya Minda @ 29 March 2019

Image may contain: sky, cloud, outdoor and nature

Thursday, May 9, 2019

Bersama titisan air embun


Semalaman ku rentasi alam
Entah berapa titik embun
Menerpa dedaunan dan bunga
Lain lagi yang menyatu
Dengan samudera sungai dan danau
Bahkan perigi dan longkang
Itulah pengorbanan titisan air
Ketika hujan membasahi bumi
Air dan embun bersatu
Hingga tidak ada jurang pemisah
Aduhai insan, manusia dan haiwan
Apakah indra berkaca kaca
Ketika titik titik air
Turun dari langit
Tidak berwarna warni
Walau pelangi merentangi awan
Namun bayang bayang di air
Tidak wujud perbezaan
Antara bayangan dan penzahiran
Lalu semalaman ku rentasi mimpi
Tidak ku temui titik hujan dan embun
Walhal jasad tidak terpisah dengan air
Kerana siapalah jasad tanpa air
Pasti terapung dilambung gelombang
Akhirnya tenggelam didalam air .
Nukilan Pena Cahaya minda @ 27 March 2019

Image may contain: sky, ocean, cloud, tree, outdoor and nature

Alam dan Air




Anjung alam yang damai
Gabungan fenomena ciptaan Illahi
Hanya insan samawi
Mengerti lantas menghargai
Nilai setitik air dari langit
Membasahi bumi yang tandus
Dari setitik menjadi danau
Lalu mengalir menjadi sungai
Kini sukma menghayati
Suaramu memecah sepi
Unggas dan haiwan merakam
Kau himpun kekuatan
Sehingga tiada kuasa menghalang
Arus deras menerpa benteng
Bebatuan pepohon dan bumi
Akur tiap titisan tenaga mu
Memerintah di alam nyata
Tapi dimana insan seperti aku
Sering dipinggir dan diusir
Dari gelanggang genangan air
Wajah memukau jernih
Selaput balut aras air
Diputar arus dan pusar
Lalu bayang bayang diair
Berkocak tampil bagai lembaga
Yang mengerikan pandangan
Namun molekul air kian jelas
Haluan ku dihanyut gelombang
Nyata air dan api tidak bersahabat.
Nukilan Pena Cahaya Minda @ 26 March 2019

Image may contain: outdoor, nature and water

Air dan pantai




Tidak mampu ku ukur
Dalamnya cinta air
Pada senja dan pantai
Kerana insan riuh
Porak peranda ditanah
Menyekat air pasang
Lalu kualirkan ketelaga
Agar hayat sementara
Bukan milik kita
Dihiasi percikan air dingin
Mengusir sukma yang racau
Lihat beranda pantai
Pasir tidak musnah
Bersama cinta palsu
Yang zahir diair
Bersama air pasang derita
Nyata kawan tiada
Apa lagi sahabat
Walhal diperjalanan ini
Kita bersama sama
Menyusung air pasang
Dari puncak awan
Tidak pernah tawar
Walau hujan memerintah
Ditekan dan dibenam
Ditanah lapisan ketujuh
Biar langit mendengar
Rintihan insan kelana
Kupandang kiri dan kanan
Tiada sahabat dan kawan
Ah aku cuma berangan
Menempah bayang bayang
Indah seperti air danau
Bertakung didaun keladi
Hakis tanpa kesan
Akhirnya aku mengerti
Gelagat hidup dibuana
Padat menekan sukma
Agar air mata tercurah
Menjadi embun pagi
Akhirnya air dipantai
Terukir lakaran hayat
Lidah tidak bertulang
Selembut air embun
Tidak seperti salji
Jasad akan kedinginan
Tanpa sang suria
Menggadai cahaya terang
Nyata air bukan logam
Terbenam diaras semudera
Air dan ombak
Mengoncang samudera luas
Bahtera yang tiada nakhoda
Menanti pasa karamnya
Anak anak perahu
Pasti tenggelam bersama
Badai kejam menggoncang
Setiap yang terapung
Melainkan yang mengenal asal
Jasad dari air tanah angin dan api
Menyatulah dengan air
Kalis air adalah kematian
Andai air memerintah alam
Hayat pasti tergadai
Kajilah kemana pergi air
Ketika samudera surut
Namun ketika air hilang udara
Setiap kehidupan galau hampa.
Nukilan Pena Cahaya Minda @ 24 March 2019

Image may contain: sky, cloud, ocean, outdoor and nature

Senja dan mereka


Siapa saja yang hadir
Adalah penoda senja
Seharusnya senja tidak diganggu
Hadir bersama bayang samudera
Agar bait bait puisi senja
Kekal dideklamasikan oleh ombak
Lantaran itu saksi abadi
Yang tidak akan terpadam
Tapi pantai membawa khabar
Sabah bergolak lagi
Dari seberang aku cuma berdoa
Untuk negeri ku tercinta
Kerana keturunan leluhur ku
Mengalir bersama air jernih Nabalu
Setiap akar kehidupan mencicipi
Aroma hayat warga ku
Apalagi bila senja asli
Hadir tanpa gangguan
Ah mereka tetap menggangu senja
Meranapkan suara gemersik ombak
Meratah gigi pantai sering berubah
Bersama hiruk pikuk insan
Yang sentiasa merakam senja
Senja yang sering terabai
Diaras tanjung Aru
Yang pernah membenam sukmaku.
Senja bersama mereka
Tidak mampu menahan waktu
Malam telah berada digerbang
Ranjang telah diurak cadar
Kerinduan kaku bersama bantal
Sukma berarak bersama kejora
Memastikan doa tahajud kemas
Tertib sujud penuh hiba
Membuat tangisan kecil tersorok
Hanya Dia yang mengerti
Tentang rasa dikalbu
Rasa rindu senja dan mereka.
Nukilan Pena Cahaya Minda @ 24 March 2019

Image may contain: sky, cloud, ocean, outdoor and nature

#Sungai KimKim Johor

Andai esok masih ada
Kegilaan ini wajib diusir
Kebodohan jangan diberi ruang
Lantaran hayat lebih berharga
Dari terabai menyunsung bahaya
Anak anak menjadi mangsa. 


Nukilan Pena Cahaya Minda @ 20 March 2019

Bukan mengejar nama


Dimana bumi dipijak
Disana redha didamba
Kesibukan cuma sedetik
Keasyikan sepanjang hayat
Tidak terdetik disukma
Apalagi dikalbu halus
Tapi Maha Latif Maha Melihat
Bukan mengejar nama
Lantaran nama telah wujud

Image may contain: 1 person, standing, outdoor and nature



Dari Negeri dibawah Bayu
Sampai bumi Johor Darul Ta'zim
Aku terus kembara 
Tanpa rasa hampa 
Lantaran setiap sudut
Redha Illahi tersimpuh rapi
Gapailah berpaut kasih
Didalam mereka ada kita.
Nukilan Pena Cahaya Minda @ 19 March 2019

Image may contain: one or more people, people standing, car and outdoor

Langit Bukan Layar Hayat




Dimana Purnama ketika Sangsuria berkuasa
Wajah kalam disinar siang
Alam pasti jujur berkata
Alam diatur atas perintah 
Hijab langit ada rahasia
Sukar difahami tanpa bersuluk
Hitunglah bintang jika mampu
Wajah dan tempat sering berubah
Kekadang muncul disiang hari
Pasti isyarat kejadian alam
Itu pun sukar ditafsir
Tanpa mengenal wujud alam
Dekad berganti abad
Jasad kian lemah
Bersuluk dibatas tarikat
Alam Syariat silih berganti
Hakikat berpaut diaras makrifat
Dijamin terselamat dalam hidayah
Nukilan Pena Cahaya Minda @ 12 March 2019

Peribahasa langit


Diskriminasi adalah bahasa bumi
Tidak wajar ujud diukuf langit
Kerana dilangit dihiasi bunga
Indah mata memandang
Lebih indah sukma merasa
Pekerjaan awan cuma menghias
Biar indah dipanca indra
Ditanah tersebar wangi semerbak
Tapi jangan sampai
Indah khabar dari rupa
Berbeza pendapat adalah hikmah
Ibarat bunga ditaman
Makin beraneka makin indah pandangan
Namun ketika kumbang hadir
Rama rama terhalang hadir
Debunga ujud adalah pasti
Tapi debu penghalang halwa
Ketika kelopak berikrar setia
Harapan menggunung mendinginkan kalbu
Namun bunga tetap bunga
Kini hanya tinggal peribahasa
Bunga bunga harapan
Bunga bunga nak dapat
Bunga bunga setuju
Bunga bunga penyakit
Bunga bunga gugur
Bunga bunga ditolak
Bunga bunga nak hujan
Apakah benar dinegara kita
Semuanya bunga bunga sahaja.
Nukilan Pena Cahaya Minda @ 9 March 2019

Image may contain: 1 person, plant, flower, nature and outdoor

Malam lancang tsunami



Bayu dibawah bayu
Mengapa bertiup lagi
Ketika malam danai
Menghantar tirai subuh
Merencah cahaya siang
Anak muda nampak mentah
Menggadai kepakaran bersiung
Sedang malam masih berkubang
Digerbang negeriku tercinta
Entah di mana engkau bertaup
Kenapa seibarat lalang
Di mana angin berhembus
Di sana kau rebahkan sukma
Mangkal pun engkau belum
Takut dipetik dalam kelopak
Ditabur diladang kering layu
Kerana gagal mewarani lakar
Nanti tinggal hikayat
Nama tersadai dipinggir panji
Engkau baru bersisik
Tuah pun belum dapat dibaca
Sedang taji baru merabung
Mengapa gagal dalam ujian
Aduhai sang kelana 
Merasa pandai diatas pandai
Merasa pakar diatas pakar
Musuh belum kau kenal 
Keris sudah terhunus
Aduhai kasihan kemampuan
Belum lengkap diukur
Bimbang anak muda
Muak loya rasa di lidah
Lalu muntah lantaran mabuk
Tuba yang kau kocak
Dimanalah akan tersadai
Jangan meraba dengan rasa
Ukurlah dengan mata berkaca
Jangan murka dengan bangga
Kelak kita terlupa alpa
Langkah sumbang lalu kecundang
Lalu berjalan malam
Sambil mulut lancang
Mengundang tsunami hayat memanjang.

Nukilan Pena Cahaya Minda @ 6 March 2019

Image may contain: sky, tree, outdoor, nature and water

Ragam Angkasa

Bintang memang awal dilangit
Namun sentiasa tunduk memandang bumi
Kunang kunang pun terbang tinggi
Sesekali sekala turun keranting
Rajawali terbang diangkasa
Tapi seting singah ditepi danau.
Cuma alam insan berbeza
Ada yang kata
Manusia mudah alpa
Alpa atau tak ingat
Alpa dunia asal kita
Hilang kenangan ibu bapa
Walhal mereka alpa pada lupa
Kerana kenangan beriring hayat
Tatkala malam mendatang
Kenangan mengundang mimpi
Penuh igauan resah gelisah
Ibarat tidur diranjang tak sudah
Malam tetap malam
Tidak sesekali menjadi siang
Namun alam insan
Anak menjadi ayah dan ibu
Sahabat menjadi musuh
Rakyat tidak mejadi raja
Tetapi boleh jadi pelarian
Walhal ditanah tumpah darah
Oleh itu usah dikejar resah
Tapi usirlah gelisah
Kerana dunia pasti ada Pemiliknya.

4 March 2019 

Image may contain: one or more people

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...