Friday, January 17, 2020

Ku Redah Awan Mendung


Aku tidak ada kemampuan menahan hujan
Yang bersahabat dengan mendung
Sang bayu yang gagah
Selalu mengiringi gerimis dan hujan
Pasrah ku pada rahmat Illahi

Namun ketika dikaki langit
Aku terpandang pulau dibalik awan
Entah siapa milik siapa
Indah menawan sukma
Walau ketika mendung memerintah

Ketika aku mampu terbang tinggi
Walhal tak punya sayap
Namun aku tak berbangga
Awan yang kuredah
Tidak mampu ku sentuh
Kerana aku cuma penumpang

Nukilan Pena Cahaya Minda,
30 November 2019

Image may contain: sky, cloud, outdoor and nature

Ku Capai Awan Gemawan


Indah pinjaman Illahi
Maha Pemurah Maha Penyayang
Dalam rindu tanah air
Ku rungkai rasa yang dicipta
Ku cicipi manisnya abstrak
Membawa sukma tenteram
Rindu bukan dendam
Kerana telah tergadai
Ditebing samudera api

Aku bergerak

Nukilan Pena Cahaya Minda,
28 November 2019

Image may contain: sky, tree, outdoor and nature

Wajah Angin




Sepoi sepoi bertiup
Suara angin membakar
Wajahnya yang tersimpan
Diawan gemawan tinggi
Bumi ku tertinggal
Dialam hakikat
Akhir nya membakar daun
Yang berselerak diukuf
Mencari debu diterbangkan
Meratap warna dedaunan
Mendendang tangis kerinduan
Bayu tidak pernah menyapa
Cuma usapan halus
Tanda legasi leluhur
Yang terlepas dari warisan
Tidak akan dimeterai
Antara wacana dan deklarasi
Anjakan paradigma silam
Kekal menjadi petanda aras
Bangsa itu akan terabai
Dan pasti sebagai legenda
Kelak cuma batu nisan
Bisu kaku terpaku ditelan masa
Ah biar pun cuma pondok
Atap teranyam daun daun silat
Tapi memberikan ketaduhan
Serangan hujan dan mentari
Mereka yang menumpang sesaat
Tidak pernah menobat
Ucapan terima kasih
Pada insan yang mengadai masa
Hingga terwujud tiang sari
Apa lagi bersyukur pada Illahi
Yang memberikan bumi
Tanpa sewa dan pajak
Melainkan perjanjian yang halus
Antara Khaliq dan Insan.

Nukilan Pena Cahaya Minda, 
27 November 2019

Image may contain: sky, ocean, outdoor and nature

Adakah Penawar




Malam pasti sepi dan gelap
Siang berbisik sopan
Kerana menghormati senja
Waktunya cuma tinggal sedetik
Biarlah penghuni tanah pusaka
Dipijak semangat kesumat
Saat sukma ditembus panah syaitan
Penuh kebencian yang ditanam
Lalu ego memerintah kalbu
Fajar pasti cerah sinarnya
Sang kejora tunduk tanpa jidat
Lambang adat dialam hayat
Yang muda menjunjung sifat
Yang tua mengorak kasih
Ah masihkah ada penawar
Andai hormat dicincang lumat
Atau zaman muda menunggu kiamat
Telah kujelajah belahan bumi
Masin samudera ku tumpang mandi
Jangan diharap darah menjadi masin
Renung resam ikan dialam garam
Tetap tawar sepanjang nafas
Ketika pulang kealam asal
Baru sedar asal muasal
Bumi tidaklah serendah dirasa
Awan bukan lambang angkasa.

Nukilan Pena Cahaya Minda,
24 November 2019

Image may contain: sky, road, cloud, outdoor and nature

Bila Kemelut Belum Ternoktah


Badai tsunami silih berganti
Bumi masih gundah gulana
Warna gemerlapan cahaya lentera
Belum mamapu menerangi negara
Entah bila ternoktah Kemelut
Awan kian pekat kelam
Layar sandiwara satria sisah
Masih berlegar dari Perlis keSabah
Mengapa berantai kemelut dirasa
Bila musim boleh berarak
Angin panas membakar belukar
Samudera menghanguskan gelombang
Anak anak bangsa hilang sopan
Suara suara lancang sumbang
Bergema bagai petir malam
Waktu siang gelagat cahaya mentari
Menyumbang panas menghakis keringat
Akhirnya bosan menunggu panjang
Lentara langkah kian sumbang
Pejuang penjulang kemerdekaan
Dimana hilang kocak suara mu
Cuma penukil kerdil memahat batu
Huruf tidak teratur berkecamuk
Kalimat hanya kumat kamit bibir
Bagai suara tempua malam
Kenapa langit hanyut didanau
Kemarau dimuara sungai
Gerimis ditengah panas
Galau kesumat dendam risis
Hingga gelombang sukar ditafsir.
.......

Nukilan Pena Cahaya Minda, 
21 November 2019

Image may contain: sky, twilight and outdoor

Bernafas Dilangit Kelabu


Kuhitung masa berganti detik
Jam dinding berhenti berfungsi
Mentari Tak pernah curang
Walau purnama sering kecundang
Kejora menghampar permadani
Yang telah terlipat disudut Alam
Akhirnya menyatu bertaup khalis

Nukilan Pena Cahaya Minda,
16 November 2019

Gerimis Dalam Hujan


Apa yang mampu ku ungkap
Saat gerimis menghalang hujan
Sang bayu menghalang ribut
Lalu gumpalan kegelapan menutup awan
Cerah menitiskan air mata hampa
Kesal yang tidak bertepi
Merampas ketenangan disukma
Ah ada apa isyarat meragut murka
Mengajar aku merenung makna
Setiap hikmah bersemenyam dibalik hijab

Mengertikah mereka setiap yang terjadi
Ada terbiyat dalam latifnya ta'lim
Perstiwa ini tercatat digelari alam
Bersembunyi seperti siang dibalik malam
Namun mimpi dan igauan
Tidak pernah ternoktah diranjang hari
Akan selalu menggamit kotak fikiran

Nukilan Pena Cahaya Minda,
7 November 2019

Potret Berbicara


Adakah penawar pada sebuah maut
Menjemput hayat tanpa syarat
Tua tanpa sakit dan musibah
Muda tanpa bencana dan cacat
Kuat gagah perkasa dan lemah
Berilmu takwa dan jahil
Jasad mu menjadi saksi wujudmu
Sungguh maut sangat hebat
Dulu saat gagah memerintah jasad mu
Kata kata penolakan disulam fitnah
Penghinaan berulam cacian keji
Akan kewafatan wujud pembela Islam
Hidupnya dibela Allah Maha Agung
Wafatnya dihormati dan disanjung
Jasadnya utuh ketika menghadap Rabbnya
Tanda mulianya amal amal soleh
Yang mewarnai perjalan hayatnya
Para musuh yang membenci dan mencaci
Ramai yang telah berlalu dari alam fana
Pergi menemui akhir hidup dengan daif
Ada yang jasad hancur berkecai
Ada pula jasadnya tidak dikenal lagi
Ada yang reput dihuni ulat
Ada yang pupus zuriat dibumi
Menjadi saksi yang kekal hidup
Dialam tercatat pasti abadi.

Nukilan Pena Cahaya Minda, 
29 Oktober 2019

Image may contain: sky

Harapan Tinggal Harapan


Harapan ku kesal tinggal harapan
Menjulang mimpi setinggi Kinabalu
Dikakinya terukir sebuah harapan
Yang kini tinggal kenangan
Telah kurenung masa berlalu
Aku pernah mampu mencatat
Waktu itu harapan bukan kepalang
Rupanya berderai bersama hampa
Yang ditampi dengan dulang berjurang

Kini aku duduk mendongak kelangit
Harapan ini moga mereka menyedari
Setiap ayah dan ibu didunia ini
Punya cita menyimpan kenangan
Agar anak anak generasi mendatang
Membaca nota yang tidak berkaki
Namun bermakna buat sekujur jasad
Wujud ini pernah hadir dialam fana
Dengan harapan setinggi gunung
Apakah berderai menjadi debu

Berteman ilmu yang ibarat debu jalanan
Ku anyam bersama bebatuan sungai
Ku bancuh dengan air sungai jernih
Ku adun dengan masinnya air samudera
Pasti tak mampu menarik sukma mereka
Lantaran gula gula dunia
Menjadi perasa diliur mereka
Akhirnya karya cita memerah minda
Hampa tersisih entah dimana?
Oh inilah alam dunia
Pasti sebuah hampa diterbangkan angin

Ku cari kekuatan dimana tergadai
Ku ruah dikaki bumi sampai keawan
Ku rentas samudera sungai dan belukar
Ku renang awan dari benua ke benua
Kelopak buah tiada yang berputik
Bersepah sepah jeritan sumbang
Apa kah ini mahkota hayat
Dilelong tergantung pasti berzaman
Namun aku setia sepanjang zaman
Menanti mimpi diujung ranjang
Biarlah zahir tersingkap takdir.

Nukilan Pena Cahaya Minda,
19 Oktober 2019

Adakah di Hatimu

Adakah dihati mu.

Bacalah dengan gerak jasad mu
Hayati dalam kehidupan mu
Tiap kalimat didalamnya
Punya makna yang wajib kita tahu
Jangan jadikan ahli keluarga mu
Bisu dari tilawah walau disukma
Jangan biarkan rumah mu
Jadi pusara yang sepi

Huruf demi huruf dianyam
Bertaup menjadi kalimah
Ketika kalimah terorak
Tersingkap hijab dunia dan isinya
Tidak ada beban dipikul
Pasti setiap insan diberi kemampuan
Telah ribuan juta berjaya
Melayari kehidupan dengan ini
Yang hitam diulas jadi putih
Kegelapan disinari cahaya

Bacalah dengan kalbu sucimu
Renunglah dengan fikiran bersih
Jangan izinkan syak wasangka dan keraguan
Jangan biarkan lintasan kesombongan
Didalam penuh ubat dan penawar
Didalamnya sarat hidayah hakiki
Berjalanlan dibumi dengan Al Quran
Makan dan minumlah dengan Al Quran
Tidur dan berfikirlah dengan Al Quran
Moga kelak kembali kealam asal
Diiringi tilawah Al Quran.

Nukilan Pena Cahaya Minda,
14 Oktober 2019

Mimpi Alam Nyata


Dengan apa kalimat ini kuhias?
Kalau potret lebih indah
Dengan apa deklamasi ku gubah?
Kalau sinopsis adalah reality
Lebih indah dari saksi mata
Yang disisip dalam kenangan hidup
Adalah sebuah kehidupan nyata
Apa perlukah kujaja dialam maya
Lantaran semua ini bukan cuma mimpi.

Siapa yang mengerti dan menyedari
Abstrak rasa yang wujud disukma
Bukan milik siapa siapa
Lalu ku kongsi semua ini
Buat alam disekeliling laluan ku
Lalu pada haiwan kucipta cita serasa
Manusia yang tidak punya rasa
Membenci sikap ini beralas kecaman
Fikirku dihatinya adakah simpati
Ah biar dia bertanya hatinya sendiri

Nukilan Pena Cahaya Minda,
8 oktober 2019

Image may contain: cat

Kenangan Yang Tertinggal

Kenangan yang tertinggal
Empat belas dekat aku penghuni disini
Suku abad silam masih segar memory itu
Jasad ku kembara diaras semudera
Penghuni alam air mengenali ku
Pemburu yang sering kecundang
Dibuai cinta cita dan angan angan
Tempat gugur lagi dikenang
Inikan pula penyala lentera cahaya
Aku gayakan jasad remaja disini
Udara tak pernah cedera
Ketika malam memerintah alam
Aku baca isyarat kejora dilangit
Lakaran perjalanan hidup terpamer
Langkah telah berjaya mengajarku
Didataran alam harus kuwakaf hayat
Agar abadi tercatat dikaki samawi
Bahawa aku bukan insan alam dunia
Kini tertinggal kenangan dipelantar ini
Suara tangis dan tawaku
Masih erat terlipatt dipara sejarah
Sesekali deru bayu menyapa ombak
Jelas kedengaran suara suara itu
Apalagi tatkala purnama dan kejora
Menyapa senja dan fajar
Deklamasi itu tambah ketara
Diiringi seruling kerinduan yang tergadai
Ah nyata aku bukan aku lagi.
Nukilan Pena Cahaya Minda,
7 oktober 2019

Image may contain: sky, outdoor and water

Damai Dalam Kenangan


Riak tanpa gelombang ombak
Itulah gelagat tasik Pandan
Deru sang bayu damai
Membawa kenangan yang hilang
Kembali bermain bersama suratan
Sukar ku lakar diaras air tenang
Kerana bila nafas alam bertiup
Segalanya akan sirna terpadam

Tasik Pandan kehilangan haruman
Yang hadir wujud berserta nama
Entah apa asal muasal mu
Patutkah ku selongkar perstiwa itu
Walhal telah lama ditelan zaman
Andai bukan takdir dibalik tadbir
Pasti aku tidak mengenal wujudmu

Bumi mu memberiku ruang
Menyedut udara segar
Damai bersama kenangan
Tiap langkah ku atur tidak tersusun
Kerana sesakali aku mengalah
Membiarkan mereka bersama semangat
Ingin sihat sepanjang hayat
Dengan keringat membasahi jasad

Nukilan Pena Cahaya Minda,
3 Oktober 2019

Image may contain: sky, outdoor, water and nature

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...