Selamat berjuang pahlawan
Selamat jalan mujahid
Setiap langkah mu
Tersemat doa keramat
Yang tidak pernah terhenti
Seibarat air dari Nabalu
Yang membasahi bumi
Pasti dilangit nama mu
Terpamer mewarani awan
Pembakar semangat warisan
Leluhur Atok yang telah pergi
Setiap langkah mu
Tersemat doa keramat
Yang tidak pernah terhenti
Seibarat air dari Nabalu
Yang membasahi bumi
Pasti dilangit nama mu
Terpamer mewarani awan
Pembakar semangat warisan
Leluhur Atok yang telah pergi
Selamat berjuang pahlawan
Kau harus renangi
Semudera bergelombang api
Badainya setinggi trusmadi
Batu karang sekeras intan
Teguhlah berpaut dibahtera Nuh
Pasti engkau sampai
Dimenara sentosa terhidang redha.
Kau harus renangi
Semudera bergelombang api
Badainya setinggi trusmadi
Batu karang sekeras intan
Teguhlah berpaut dibahtera Nuh
Pasti engkau sampai
Dimenara sentosa terhidang redha.
Andai duka menemui mu
Jangan dirayu alam insan
Tapi sujudlah diharibaanNya
Kerana takdirNya kalis penghalang
Tatkala Dia berfirman jadi
Maka jadilah kehendakNya
CintaNya bersama Rahim
KasihNya bersama Rahman
Jangan dirayu alam insan
Tapi sujudlah diharibaanNya
Kerana takdirNya kalis penghalang
Tatkala Dia berfirman jadi
Maka jadilah kehendakNya
CintaNya bersama Rahim
KasihNya bersama Rahman
Usir jauh setiap keraguan
Jangan dibiar takut membayang
Jangan dihiba lelah mendatang
Lantaran datangnya dari syaitan
Sedangkan wujudmu hulubelang
Dicetak acuan berjiwa waja.
Jangan dibiar takut membayang
Jangan dihiba lelah mendatang
Lantaran datangnya dari syaitan
Sedangkan wujudmu hulubelang
Dicetak acuan berjiwa waja.
Nukilan pena cahaya Minda.
26.Feb 2019.
26.Feb 2019.





