Tuesday, September 23, 2014

Nyalakan lentera disudut setiap sukma
Jemaat Illahi bukan perahu yang meniti dibibir pantai
Bukan juga bertaup dilereng gunung
Bukan belayar kemuara sungai
Tapi sebuah bahtra yang meredah samudra
Dari benua kebenua
Dari timur kebarat dari barat keutara dan dari utara keselatan
Di pandu Nakhoda Qudrat Kedua
Berpaksi kompas syariat Illahi
Dan tetap bertaup dibawah lindungan Kaabah
Wahai Lajnah imaillah
Akan kah kita berpeluk tubuh
Sebagai penonton petualang yang malang
Memandang pantulan bayangan bahtra yang sedang belayar
Dari timur kebarat dari barat keutara dari utara keselatan
Melakar peta dipuncak langit samawi
Membawa mentari purnama dan kejora
Membawa gunung bukit bukau belantara dan belukar
Memuat setiap Negara Negri kota mukim dan desa
Kegerbang pintu jannahtul Firdaus
Ayuh sahabat lajnah dan adik adik Nasiratul
Kita sedang menaiki bahtra Nuh teragung
Dicipta oleh tangan diatas tangan yang maha Ghaib
Buanglah segala rasa angkuh dan bongkak
Usirlah rasa takut dan khuatir
Kubur lah sikap tamak haloba dan kedekut
Henyutkan sikap sayang pada wang dan harta
Bunuh lah mahabat pada dunia yang fana
Nyalakan lah nur lentera pengorbanan disetiap relung kalbu mu
Meski Lajnah dan Nasiratul harus melalui derita
Meski kita sama sama harus terkorban dilangit samawi
Dan dinobat Bagai suhada diabad nur Mahadi Illahi
Dan yakinlah kita lahir untuk menangis bukan berduka
Orang orang disekitar kita tersenyum riang bukan berpesta
Namun saat kita pergi menemui Illahi
Kita tersenyum riang dan mereka disekeliling kita menangis shadu
Nukilan Pena Cahaya Minda
Sinar sang mentari lihatlah
Panca indra ku sudah bertambah kanta
Kanta rohani ini adalah kurnia Illahi
Kerana aku telah lama melihat jelas
Sang suria sudah terbit diukuf barat
Cahaya Nya telah memancarkan nur samawi
Ia jelas laksana bayang bayang bukan menjadikan gelap
Tetapi memberikan cahaya
Pada anak anak Adam
Yang sedang mencari cahaya
Ditengah kegelapan dajaliat yang menghanyutkan
Sang suria dibantu purnama dan kejora
Tidak akan pernah berhenti bersinar
Nefiri zaman sudah lama ditiup
Setiap zarah dan asta bumi diukuf barat
Dan benua eropah
Telah merasa getaran siraman air samawi ini
Sukma sukma yang berfitrat suci
Sudah lama bertaup dengan kelopak kanta rohani
Dan telah lama juga pandangan indra mereka menembusi
Lepisan lepiasan hayat kegelapan
Yang pernah mewarnai zarah demi zarah benua barat
Lihat lah dengan renongan indra rohani
Akui lah setiap keingkaran disukma pemimpin duniawi
Yang andil dalam penantangan sinar cahaya mentari itu
Akan bergolak dan mengundang murka maha Dewata Agung
Sekilas pandang ini bukan hukum alam
Bukan juga pendomina kejadian bumi dan langit
Tapi ini adalah akibat membiarkan naskah sejarah
Hadis dan wahyu syariat dibaca dan diajar tapi tidak dihayati
Aduhai para pemimpin yang berjiwa mulia
Berhati selju dan berkepala dingin
Rundukan lah setiap keikhlasan dan cinta dikalbu mu
Berdoalah dengan tadaro wahufiah
Andai kiranya sinar mentari itu adalah lakhnat dunia dan akhirat
Lemparkan jasad dan sukma mu sejauh sejuta tahun laluan cahaya
Tapi andainya itu adalah nikmat dan Rahmat Wahai Illahi Rabbi
Biarlah kiranya jasad dan sukma mu bertaup dibawah sinar cahaya mentari samawi.
Nukilan Pena Cahaya Minda
Mentari bersinar diukuf barat
Andai diriku mampu terbang
Kujejajahi alam buana ini
Biar lah hari demi hari ku lewati
Tanpa waktu dibuai mimpi
Aku pasti akan terus berjaga
Agar tidak jatuh terhempas dibumi
Bulan dan kejora ku gantung dironga dada ku
Biar dan biarlah tanpa sapa dari mahlok igawan
Diri ini tidak pernah mengharap mimpi
Kerana amanat ini nyata terangnya
Laksana mentari bersinar disiang hari
Beratnya seakan bahu memikul petala bumi
Namun dunia dan penghuninya
Belum berikrar untuk berhenti melimpari ku
Dengan batu dendam kesumat
Dan adunan fitnah dan fatwa
Ditambah bumbuh resepi ulama uhuhum
Yang merasa kalis noda dan dosa
Wal hal azab melakar tanah yang lama kemarau
Api dan bahangnya menyelimuti harakat maya
Andai nafas ku mampu
Akan ku tiup sangakala mengegar alam semesta
Agar mata hati wujud disetiap kalbu
Menyingkap setiap zarah hijab rohani
Mampu melihat tanpa berkelip walau sesaat
Kerana sang mentari samawi telah terbit bersinar diukuf barat
Menzahirkan nubuatan yang dilafaz dan tercatat
Oleh Insan Kamil Mustafa HatamanNabiyeen
Setiap Lafaz yang zahir dari nafas kudusNya
Adalah kalimat kudus yang diaminkan para Malaikat
Sejak berabad silam
Nukilan Pena Cahaya Minda
Aku lah pepohon itu
Aku lah pepohon itu
Yang ditanam puluhan tahun lalu
Akar tunjang mencengkam dedasar bumi
Disana ku serap air yang kudus
Lalu dahan bertambah kukuh
Dedaun bertambah rendang
Berbunga dan berbuah
Disana Sang ungas dan burung berkicau
Berkejaran makan dan berteduh
Dari ranting dan dedaun dibuat sarang
Entah sudah berapa koloni berganti
Namun aku tetap itu juga
Andai akar tunjang ku dicabut
Pasti akan hijrah kealam lain
Wahai dedaun yang menghijau
Andai bertukar warna menjadi kuning
Pasti terlepas dari ranting
Aku tidak kuasa menahan
Walau sukma simpati
Wahai dahan andai bertukar kering
Pasti patah dan jatuh ketanah
Maaf tak mampu membantu
Kerana kita sama saja
Tidak kalis takdir dan mati
Andai daun luruh dan dahan jatuh
Adalah lumrah alam semesta
Tapi andai akar dicabut itu hukum alam
Lebih simpati pada burung dan ungas
Kehilangan tempat tinggal dan berteduh
Nukilan pena Cahaya minda
Mengapa hanya dosa
Kemana fikir dan zikir melayang hanya dosa
Kemana indra ku memandang hanya dosa
Apa yang berputik disukma hanya dosa
Apa jua yang kudengar hanya dosa
Apa yang dicapai tangan hanya dosa
Kemana kaki melangkah hanya dosa
Apa yang ku baca hanya dosa
Apa yang ku telan hanya dosa
Setiap gerak urat nadi hanya dosa
Setiap hembusan nafas hanya dosa
Dosa jerat dan jerit mu teramat manisnya
Tujuh semudra kau tawarkan
Tujuh sungai kau robah warnanya
Lima benua kau tawan
Terusir pahala dan redha
Tertangguh iman dan takwa
Ternoda halal dan taib
Tercemar kesucian dan iklas
Tersimpan hijab dan rahasia
Tertutup pintu kejanatul firdaus
Terbuka gerbang keneraka jahim
Namun keyakinan kunci terlepas dari jeritan dosa
Nukilan pena Cahaya Minda
Disini
Disini dibawah saksi sinar mentari senja
Kudekap bayang bayang digigi pantai
Lalu kunyatakan sumpah pada sang semudra
Disini bermula kata cinta pertaup
Disini bermula kasih sayang diurak
Disina bermula rindu melanda
Disini tidak akan ada benci menetap
Dan disini bermula segala talian hayat
Dan disini telah kutanam kenangan
Buat kita sama sama melipatnya dalam memory alam
Disini senandung firdaus terus bergema
Bagaikan doa mengiringi setiap langkah kita
Renunglah istana kebahagiaan yang kita bena bersama
Lantainya cinta seluas semudra
Dindingnya kasih sayang selembut saju
Atapnya doa sejunjung langit samawi
Tiangnya rindu seteguh Kinabalu
Pilarnya harapan seterang sang suria
Serambinya nya damai kalis amarah
Tangganya tersusun rukun yang enam
Pintunya istiqamah rukun yang lima
Pagar nya baiat sepuluh syaratnya
Kuncinya itaat laksana bumi
Nukilan Pena Cahaya Minda

Wednesday, September 3, 2014

Warisan merdeka

Selamat datang hari merdeka
Jalur gemilang berkibar dimerata bumi Malaysia
Kuning biru merah dan putih
Lambang daulat kesucian perjuangan pengorbanan dan penyatuan
Yang diwariskan para pahlawan gemilang
Diambang merdeka Negara ku Malaysia

Wahai anak anak bangsa ku Malaysia
Sukma lara ku bimbang menyosong zaman
Mohor bendera jangan didera
Kerana tika tarikh merdeka raya menjelang
Jalur gemilang bagai cendawan tumbuh selepas hujan
Namun setelah purnama merdeka beredar
Wajah segar mu dibiar keletihan dan lesu
Akhirnya robek dan reput
Dimamah mentari dan tengkujuh
Hingga berkumandang puisi sang purnama dan kejora
Andai mohor jalur gemilang dilindungi dan dibela
Kerana disana mohor sebuah Negara

Wahai warga Negara ku Malaysia
Merdeka yang kita warisi ini
Lebih berharga dari sebumi emas dan intan permata
Merdeka yang kita nikmati ini
Lebih bernilai dari sebenua mutiara pilihan
Kerana merdeka yang kita rayakan ini
Dinobat dari korban jiwa dan tumpahan darah
Dan perahan minda dan keringat
Para pejuang yang tak pernah kenal menyerah kalah.
.........

Nukilan pena Cahaya Minda
Manusia mudah segalanya

Manusia mudah lupa
Manusia mudah alpa
Manusia mudah marah
Manusia mudah ego
Manusia mudah lalai
Manusia mudah berangan angan
Manusia mudah terasa
Manusia baru ingat
Ketika mentari mengambil cahayanya
Ketika purnama mengambil sinarnya
Ketika sang malam mengambil gelapnya
Ketika sang bayu mengambil nafasnya
Ketika kejora mengambil pilarnya
Ketika subuh mengambil dinginya
Dan manusia baru sadar
Ketika Khalik mengambil segalanya
Dan waktu itu manusia sadar
Datang dan pergi bukan kehendak sendiri

Nukilan Pena Cahaya Minda
Dimana ukwah

Perjalan bagaikan meniti benang yang kusut
Tiap langkah bagai terjerat
ku cari sahabat hingga kehujung langit terbuka
Hanya suara jasad nya ghaib
Lalu dimana ukwah sesama kita
Kerana anak panah terlepas dari busurnya
Sedang pedang tercabut dari sarungnya
Mencari sukma jadi mangsanya

Lalu indra merenung lukisan dikaki langit
Warna latar menawan kalbu
Jestru membuat aku terjaga
Kerana terlelap dibuai igawan
Diri ini cuma khadim yang kerdil
Berdiri tidak sama tinggi
Dan duduk tidak sama rendah
Apa lagi mengejar gelaran dunia
Pasti cuma mengadai nama

Ku tanya pada kalbu yang bisu
Mana mungkin bersuara menjawab
Ku tanya pada otak yang asik berfikir
Tapi seakan mengatakan renunglah
Lalu ku soal pada akal
Berkata akal tanpa suara
Andai sudi mencari penawar
Bacalah wahyu dimalam sepi
Renunglah terjemaahan disubuh dini
Dan hayati tafsir disiang usta
Pasti disana ada jawabnya

Nukilan Pena Cahaya Minda

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...