Berat beralas gelisah dan gundah
Mimpi pun tidak menghadiahkan damai
Kicau murai seakan menyapa
Mengerti tentang langkah ini
Diabaikan mati bapa
Diteruskan mati anak
Awan pekan Tenom menangis
Banjir seakan akibat kesedihan itu
Mimpi pun tidak menghadiahkan damai
Kicau murai seakan menyapa
Mengerti tentang langkah ini
Diabaikan mati bapa
Diteruskan mati anak
Awan pekan Tenom menangis
Banjir seakan akibat kesedihan itu
Aku akan meniti ditalian hayat
Sebelum langkah ternoktah
Tika nadi terhenti berdenyut
Nafas enggan berhembus
Andai detik itu hadir
Hijab tingkah tersingkap
Tangis air mata darah
Kehilangan makna hakiki
Sebelum langkah ternoktah
Tika nadi terhenti berdenyut
Nafas enggan berhembus
Andai detik itu hadir
Hijab tingkah tersingkap
Tangis air mata darah
Kehilangan makna hakiki
Lalu soal ku pada awan
Mengapa hujan tertahan
Pada tali awang awangan
Simpulnya simpul hidup
Hanya kelimat keramat
Dari sukma insan lupa dunia
Mengapa hujan tertahan
Pada tali awang awangan
Simpulnya simpul hidup
Hanya kelimat keramat
Dari sukma insan lupa dunia
....
Nukilan Pena Cahaya Minda
5 Disember 2019

No comments:
Post a Comment