Thursday, March 20, 2014

Kembara menuju langit samawi

Dimana mula melangkah
Dimana mula bernafas
Bila mula telinga mendengar
Bila indra mula melihat
Apa yang pertama difikir
Apa kalimat awal diucap
Tak mampu diingat
Sebuah perjalanan
Yang terlalu panjang

Kini mula dihayati
Bait bait kehidupan
Terlalu berharga
Pasti itu hutang warisan
Tidak akan mampu dibayar
Pada Mu Illahi
Engkau teramat pemurah
Terhimpun semua sifat kebaikan
Mengajar agar selalu pasrah
Pada qada, qadar dan takdir Mu

Lalu siraman mawar kesturi
Segar dibatas pusara hayat
Kerana telah mati sebelum maut
Jasad kehilangan diri
Dalam meniti tharikat
Jiwa sirna
Dibawah lindungan cahaya sya’ariat
Rohani fana
Dilautan Ma’akrifat
Lalu menyatu
Jasad,jiwa dan rohani
Dipersada Hakiqat langit samawi

Nukilan pena cahaya minda
Hari demi hari

Hari demi hari
Masa berlalu dihitung
Perstiwa bagaikan kesumat
Yang belum terlerai
Diri ini bukan dukun
Jadi tiada kelimat mentera
Yang boleh dijadikan keramat
Andai aku punya sayap
Pasti aku akan terbang
Berhari hari
Berminggu minggu
Berbulan atau bertahun
Atau barangkali
Aku akan hilang
Dalam pencarian
Seperti hilangnya mereka

Hari demi hari
Yang mereka lalui
Lebih sukar
Dibayangkan
Kerana nyata mereka
Bertaup dalam rahasia
Melakar sejuta persoalan
Mewarnai jutaan kesedihan
Apakah alam
Tetap tenang
Membiarkan air mata
Menyatu dengan lautan

Hari demi hari
Kelimat doa
Yang terpisah dari Tasbih dan zikir
Terus meniti dibatas waktu
Agar penawar duka
Hadir mendahului kesabaran
Kekhautiran,kerinduan dan cemas
Yang mungkin memanjang.

Nukilan pena cahaya minda
Rahasia dan takdir

Izinkan aku bertanya
Pada angin malam
Pada bulan dan kejora
Pada lautan dan daratan
Pada pulau dan rimba
Pada bumi dan langit
Dimana tersembunyi pesawat mh370
Tapi semua bisu
Tapi semua bungkam
Sedang canggihnya ciptaan manusia
Masih gaggal seribu daya

Angin akan tetap kah engkau membisu
Sedang tangisan insan yang hiba
Kau bawa kehujung alam
Bulan dan kejora
Tega kah engkau
Membiarkan penjejak yang kian penat
Mengharungi masa yang siap berputus asa
Lautan dan daratan
Rela kah engkau difitnah
Bengis dan kejam menelan mangsa
Pulau,rimba,bumi dan langit
Kalbu ku pasti
Kamu setia dan patuh
Menyimpan seketika rahasia ini
Hingga takdir Illahi membuka hijab
Pada dunia dan isinya

Nukilan pena cahaya minda

Sunday, March 9, 2014

Sampai bila zaman berubah

Duka membeku didada sukma
Tika kurenung anak anak peribumi
Yang menghuni desa mu kehidupan
Maafkan kerana diri yang daif ini
Membiarkan kaki dini mu
Diulit lumpur basi yang terlalu tua
Sedang sepatu leka dijinjing
Setiap kali melalui jalan keramat ini
Entah bila keramat ini menjadi nikmat
Atau laluan kerbau menjadi jalan raya

Akankah kubiar kan duka didada sukma ini
Meniti disudut hati yang hampa
Sedang setiap mata menjadi saksi
Ulu,hilir,dan disekitar mu Kehidupan
Menikmati sabah merdeka
Dan engkau terjuntai dianak tirikan

Pada duka yang kian membeku
Usah bertanya dimana pemimpin
Jangan khianat pada pemimpin
Jangan berfikir sampai bila dipimpin
Jangan kacewa terlalu lama menyokong pemimpin
Tapi tanya lah pada setiap pemimpin
Sampai bila zaman berubah
Sebelum terluah semua sukma berubah

Nukilan pena cahaya minda
Biar dan biarlah

Aku dan pena ku i Allah akan terus menconteng
Biarlah kalimat ini diangap sumbang
Kerana Bahasa cuma dipetik pada pepohon dipinggir jalan
Pada mantari yang selalu bersinar
Pada cahaya rembulan yang selalu hadir
Pada nur kejora yang tak kunjung bosan
Pada deru sang bayu yang selalu setia
Pada air yang tak akan pernah kering
Pada lautan yang tak pernah tenggelam
Pada sang ombak yang tak pernah sepi
Pada burung yang selalu berkicau
Pada kitab terbuka dan tak akan pernah berubah
Dan pada alam yang didalamnya aku sementara menumpang
Biar dan biarlah seluruh karya pena ku
Dinobat pengemis sastra yang dermawan

Nukilan pena cahaya minda

Monday, March 3, 2014

Pulanglah kepangkal jalan.

Ketika sangsuria mengurak tirai senjanya
Awan tenang menjemput malam
Angin bergema menepuk dada
Sedang purnama bersama kejora
Berbaris siaga menanti titah
Namun aku terpacak dikaki kinabalu
Setia menjadi saksi dan menyaksikan
Berserta iradah dan keyakinan...
Fenomena ini diatur Khalik Sang Agung Dewata
Lalu setiap zarah bergerak
Patuh pada titahNya

Lalu aku yang masih disini
Dikaki malam yang suram
Bertanya pada sinar purnama
Dan cahaya keiora
Mengapa mungkar mendomanasi setiap ukuf
Ada anak Adam berwatak angkuh
Ada warisan Hawa bermandi noda
Ada pertumpahan darah atas nama agama
dan ada fitnah ditabur dari bibir yang mengaku ulama

Lalu ingin rasanya kupahat amanat ini
Dikaki kinabalu yang kukuh
Agar ramai terbaca dan pulang kepangkal jalan
Wahai anak anak Adam
Dunia ini hanya tumpangan seketika
Akan tiba saatnya
Harta, ilmu, kekayaan dan jasad kita
Kembali pada Khaliq Sang Agung Dewata
Sedang Roh berjalan kemahkamah Agung
Entah bila kesudahan nya

Wahai warisan hawa
Mari pulang kepangkal jalan
Kerana Dia menyambut para Hawa
Dengan cinta dan kasih sayang
Cinta Nya lebih luas dari lautan
Sedang kasih Nya tinggi mengalah awan

Aduhai para durjana
Bumi tercemar melaung tangisan
Tika kamu tumpahkan darah yang suci
Para syhaid Islam Hakiki
Aduhai manusia yang mengaku ulama
Lembut lidah menentang sunah
Silap tindak mu bercangah wahyu
Aduhai! pulanglah kepangkal jalan
Didalamnya ada Sunah mulia Rasulullah s a w
Didalamnya ada Syariat wahyu Illahi
Dan didalamnya ada syurga dan ridha Nya.

Nukilan pena cahaya minda
Nanti

Bait bait puisi sepi
Dibatas waktu
Mengapa kamu biar
Bumi mengulung huruf demi huruf
Sedang kalimat belum usai
Nanti kamu akan belajar
Huruf huruf baru
Yang belum kamu kenal...

Nanti kamu akan belajar
Huruf huruf yang belum kamu pandai
Sedang masa terus berlalu
Bersama waktu yang kian renta
Ingatan lemah mengenal huruf
Kuatir kalimat tidak tersusun

Nanti kian susah kamu kenal
Baa menjadi taa
Sin menjadi sim
Kerana waktu memaksa
Usia kembali pada asalnya

Nukilan cahaya minda

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...