Thursday, April 17, 2014

Perjuangan

Hukum alam telah tersedia
Sebelum mentari bersinar gagah dipagi hari
Didahului malam dan mimpi yang rawan
Terkadang sunami dan ribut taufan
Sesakali gerhana datang tanpa diundang
Pernah juga hujan bertali banjir
Namun fenomena itu
Membuat sinar mentari lebih bermakna
Buat waktu yang bergelar pagi
Buat pepohon yang meneruskan kehidupan
Buat makhluk dipersada hayat.

Aduhai tangan yang mementeri baait
Ada tangan diatas tangan
Jangan alpa dibuai mimpi
Usir khauatir sunami dan ribut taufan
Usah bimbang dengan gerhana
Jangan sesekali berputus asa
Walau hujan membakar banjir
Kerana para malaikat siap mengadai tidur
Ruku dan sujud memintal tasbih
Zikir berjalan berpaut doa
Kemanangan zahir menjunjung takdir
Buat hadiah junjungan Nabi saw

Aduhai para sahabat
Nama mu diukir peniti emas
Dalam lipatan sejarah bergulung sutera
Didendangkan nazam bagai keramat
Suara melantun zaman berzaman
Hingga tersentuh awan samawi
Dan tak akan padam hingga kiamat.

16 april 2014
Nukilan Pena cahaya Minda.
Kesedaran

Semalam dibalik igawan yang memanjang
Tersusun rak rak memory
Disudut kamar sebuah hati
Terpanggil oleh masa silam
Pasti telah jauh perginya
Namun datang seketika
Menyapa dan membual
Lalu tersingkap tabir tabir
Yang menutupi tahun tahun itu

Ah Semua telah jauh berubah
Kini diri ini
Hanya bagaikan ranting ranting
Menumpang pada batang pepohon
Yang juga menumpang
Dibumi yang berTuan
Jestru diri ini mengerti
Hari telah senja
Persiapan belum memadai
Apa lagi bekalan
Kerana perjalan itu terlalu jauh

Tiba tiba sinar mentari
Memanggil ku
Lalu aku sadar
Dialam ini tidak ada yang kekal
Apa lagi Abadi
Melainkan
LA'ILAHAILALLAH

Nukilan Pena Cahaya Minda

Saturday, April 12, 2014

Mencari bumi yang damai.

Apakah ada piala akhirat
Atau janji songsang
Dari petala mimpi
Yang belum terpadam
Sejak zaman Abu Jahal
Atau zaman Firaaun
Atau zaman Namrud
Akan kah akar warisan itu
Mejalar dibumi bertuah ini
Kerana angin semalam
Bertiup menitip pesan
Buat mereka yang sujud
Mengharap ridha Illahi

Pada burung burung yang tiba
Gulungan warkah
Jaminan terdamai bumi ini
Usah terlalu awal ditafsir
Sukma ku gundah
Kiranya gelombang hampa
Melanda setiap kalbu
Lalu dari bibir kecewa
Melantun suara kelangit samawi
Kalau bukan damai ditanah ini ?
Langit mana yang akan dijinjing ?
Khauatir sukma kian bergema
Meremang roma menganggu mimpi
Kerana doa kamu ku kenal pasti
Bagai hililintar menyentuh awan

Pada yang damba ridha Illahi
Sujudlah sampai kedasar bumi
Biar bumi yang kering ini
Dibahasi tasbih,zikir Illahi
Dan salawat Nabi s a w
Lalu sabar dan doa menjadi perisai
Malapetaka,kegalapan dan kesakitan
Pasti akan hancur
Bila zahir Jasad sang mukmin hakiki
Kerana jelas sejak zaman azali
Hancurnya Abu Jahal
Musnahnya Firaaun
Leburnya Namrud
Oleh api yang dinyalakan tangan sendiri

12 april 2014
Nukilan pena cahaya minda.
Mencari bumi yang damai.

Apakah ada piala akhirat
Atau janji songsang
Dari petala mimpi
Yang belum terpadam
Sejak zaman Abu Jahal
Atau zaman Firaaun
Atau zaman Namrud
Akan kah akar warisan itu
Mejalar dibumi bertuah ini
Kerana angin semalam
Bertiup menitip pesan
Buat mereka yang sujud
Mengharap ridha Illahi

Pada burung burung yang tiba
Gulungan warkah
Jaminan terdamai bumi ini
Usah terlalu awal ditafsir
Sukma ku gundah
Kiranya gelombang hampa
Melanda setiap kalbu
Lalu dari bibir kecewa
Melantun suara kelangit samawi
Kalau bukan damai ditanah ini ?
Langit mana yang akan dijinjing ?
Khauatir sukma kian bergema
Meremang roma menganggu mimpi
Kerana doa kamu ku kenal pasti
Bagai hililintar menyentuh awan

Pada yang damba ridha Illahi
Sujudlah sampai kedasar bumi
Biar bumi yang kering ini
Dibahasi tasbih,zikir Illahi
Dan salawat Nabi s a w
Lalu sabar dan doa menjadi perisai
Malapetaka,kegalapan dan kesakitan
Pasti akan hancur
Bila zahir Jasad sang mukmin hakiki
Kerana jelas sejak zaman azali
Hancurnya Abu Jahal
Musnahnya Firaaun
Leburnya Namrud
Oleh api yang dinyalakan tangan sendiri

12 april 2014
Nukilan pena cahaya minda.
Mencari bumi yang damai.

Apakah ada piala akhirat
Atau janji songsang
Dari petala mimpi
Yang belum terpadam
Sejak zaman Abu Jahal
Atau zaman Firaaun
Atau zaman Namrud
Akan kah akar warisan itu
Mejalar dibumi bertuah ini
Kerana angin semalam
Bertiup menitip pesan
Buat mereka yang sujud
Mengharap ridha Illahi

Pada burung burung yang tiba
Gulungan warkah
Jaminan terdamai bumi ini
Usah terlalu awal ditafsir
Sukma ku gundah
Kiranya gelombang hampa
Melanda setiap kalbu
Lalu dari bibir kecewa
Melantun suara kelangit samawi
Kalau bukan damai ditanah ini ?
Langit mana yang akan dijinjing ?
Khauatir sukma kian bergema
Meremang roma menganggu mimpi
Kerana doa kamu ku kenal pasti
Bagai hililintar menyentuh awan

Pada yang damba ridha Illahi
Sujudlah sampai kedasar bumi
Biar bumi yang kering ini
Dibahasi tasbih,zikir Illahi
Dan salawat Nabi s a w
Lalu sabar dan doa menjadi perisai
Malapetaka,kegalapan dan kesakitan
Pasti akan hancur
Bila zahir Jasad sang mukmin hakiki
Kerana jelas sejak zaman azali
Hancurnya Abu Jahal
Musnahnya Firaaun
Leburnya Namrud
Oleh api yang dinyalakan tangan sendiri

12 april 2014
Nukilan pena cahaya minda.
Jangan tangisi perginya.

Dia hanya meneruskan perjalan
Yang tidak akan terhenti disini
Kerana Dia tahu
Disini hanya taman persinggahan
Ramai akan melihat
Bahawa Dia telah menanam benih
Yang akan terus berakar umbi
Tumbuh subur menghijau
Menjadi pewaris kurnia duniawi
Bau haruman semerbak
Namun seketika cuma
Dan akan hakis tika goncang melanda

Pasti Dia juga berbangga
Kerana telah menyemai benih
Pada batas batas kehidupan
Walau digurun gersang
Akan tetap berakar subur
Kerana pepohon itu
Adalah pepohon taqwa,
Tertanam disudut kalbu
Yang tidak akan tergugat
Oleh tamadun dunia
Kerana akar tunjang nya
Mencengkam kedasar ukhrawi

Jestru itu
Usah tengisi pemergianya
Kerana pasti
Tempatnya telah tersedia
Berkah amal saleh
Yang membekas diperjalanan hidupNya
Namun doa
Anak anak harus terus mengalir
Tetap Dia dambakan
Kerana perjalan itu
Ada lah penentuan
Untuk sampai diperbatasan
Mahkamah Agung Illahi.

Nukilan pena cahaya minda

Wednesday, April 9, 2014

Mengapa rindu dilakar

Jasad sang anak ada lah
Ibarat tanah leluhur
Yang ditabur oleh jari jemari
Lembut dingin dan kemas
Lalu dibumi bertuah ini
Terlakar sebuah perjalanan
Yang tidak akan terhenti
Sebelum diadili
Dipentas mahkamah agung

Lalu kita semua mengerti
Pasti tidak cukup
Kalau cuma menobatkan
Kerinduan yang memanjang
Bertaup didada kenangan
Yang tidak pernah dihayati
Sedang doa yang dipahat
Pada dahan pepohon taqwa
Tersekat dimuara dusta

Nukilan pena cahaya minda
Perstiwa yang mabroor

Tanggal 27 mach 2014
Dironga kota
Terpahat perstiwa yang mabroor
Pasti bukan kelana yang tersesat
Kerana dikolam cinta dan kasih sayang ini
Kita bersama menghirup
Dinginya embun rohani
Terhidang didulang syimpusium
Dari titisan makrifat
Yang telah diwariskan
Insan Kamil Pahlawan perdamaian

Lalu setiap titisan air
Mengalir dan berbicara
Ada yang bermadah taufan
Ada juga gurindam jiwa
Sesakali mencela pantun seloka
Terkadang bagai pujangga
Yang mendekelamasi puisi cinta
Namun semua indah
Laksana bebunga mewarnai taman
Sedang kalimat kalam Illahi
Di iring zikir dan tasbih
Tetap ungul bagai juara

Nukilan pena cahaya minda

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...