Sunday, February 23, 2014

Ikrar pada Khaliq

Kemana menghilangnya ikrar setia
Yang termaktub disepuluh syarat
Wal hal ada tangan diatas tangan
Yang dimentarai dua kalimah
Syahadat dan Tahuid
Lalu jiwa dan raga 
diperdagangkan pada jalan ukhrawi

Alpakah hati insan
Ketika sampai dipersimpangan
Antara Tahuid dan syaitan
Antara dunia dan syahadat
Engkau membelok haluan
Membiarkan jiwa dibuai dunia
Sedang raga hanyut dilautan syaitan

Khilafkah langkah mu insan
Kerana janji ikrar itu
Bukan pada dunia dan isinya
Tapi janji setia dan ikrar pada Sang Khalik
Yang dicatat tinta emas
Bagaikan batu nisan
Yang mendahului syakaratul maut

No comments:

Post a Comment

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...