Saturday, March 2, 2019

Senja yang pergi



Senja yang pergi
Rintihan dalam seloka
Hanya senja mengerti
Bahasa yang bisu
Terpahat didada pantai
Setiap gelombang terbaca
Lalu dikongsi pada sang bayu
Tangis dan tawa bersatu
Menghayati duka dihayat.
Ketika mentari merah saga
Berpecah mewaranai senja
Purnama telah bersiap siaga
Memerintah alam langit
Sedang kejora menjadi pengiring
Hingga bertahta disingah sana malam
Air semudera bertambah matang masin
Namun sang ikan kalis rasa
Ketika dimasak perlu dibumbuh garam.
Ku seru sang kencana kelalawar
Agar berhati hati ketika terbang
Kerana matanya hilang kuasa
Tatkala sangsuria memerintah benua
Lalu aku leka diabai masa
Terpingga pingga mencari jejak
Yang kembara bersama mimpi
Entah didermaga mana kelak berlabuh.
Senja engkau pasti pergi
Datang mu tidak diundang
Lumrah alam membawa pesan
Walau hadir berjuta kali
Tiada insan bosan menjemput mu
Jauh berbeza dengan wujud ku
Rumah berkata pergi 
Tanah berkata mari
Lalu ku pasrah bersyukur pada Illahi
Hidup didunia bukan abadi.
Pena Cahaya Minda @23,feb.2019

Image may contain: ocean, sky, cloud, twilight, outdoor, nature and water

No comments:

Post a Comment

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...