Saturday, April 12, 2014

Jangan tangisi perginya.

Dia hanya meneruskan perjalan
Yang tidak akan terhenti disini
Kerana Dia tahu
Disini hanya taman persinggahan
Ramai akan melihat
Bahawa Dia telah menanam benih
Yang akan terus berakar umbi
Tumbuh subur menghijau
Menjadi pewaris kurnia duniawi
Bau haruman semerbak
Namun seketika cuma
Dan akan hakis tika goncang melanda

Pasti Dia juga berbangga
Kerana telah menyemai benih
Pada batas batas kehidupan
Walau digurun gersang
Akan tetap berakar subur
Kerana pepohon itu
Adalah pepohon taqwa,
Tertanam disudut kalbu
Yang tidak akan tergugat
Oleh tamadun dunia
Kerana akar tunjang nya
Mencengkam kedasar ukhrawi

Jestru itu
Usah tengisi pemergianya
Kerana pasti
Tempatnya telah tersedia
Berkah amal saleh
Yang membekas diperjalanan hidupNya
Namun doa
Anak anak harus terus mengalir
Tetap Dia dambakan
Kerana perjalan itu
Ada lah penentuan
Untuk sampai diperbatasan
Mahkamah Agung Illahi.

Nukilan pena cahaya minda

No comments:

Post a Comment

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...