Thursday, August 14, 2014

Harga sebuah hayat

Aku dikejahuan ini
Masih setia menetap potret
Yang dilakar dilangit samawi
Dibatas kenangan 2014 masihi

Aku masih dikejauhan ini
Tetap setia dalam kebingungan
Mencatat khabar lewat sang bayu
Tersimpan dikotak memory hitam
Pasti tidak ada talian hayat
Kerana ini bukan permainan

Aku yang masih disini
Dipenghujung batas ramadan
Leka berzikir dan berfikir
Merenung perstiwa dilayar maya
Serasa hujan darah menyimbah bumi

Di pulau mabul ada polis dicolek
Jiwa ditabus jutaan ringgit
Dighazza banyak jasad dan jiwa lumat
Jadi santapan tanah yang dijanjikan
Diukrin mh17 ranap tanpa kasihan
Apakah ujian senjata pemusnah
Di bumi Pakistan ada lakonan dilayar agama
Hak iman dinoda menjadi temanya

Rupanya aku masih dibatas ramadan
Bertasbih dilidah sukma
Bertahmid dibibir kabu
Bertakbir dilubuk jiwa
Sedang raga dan fikir khusuk
Menonton wayang ditabir awan
Ahhh bertapa bagai ranjatan arus elektrik
Mendidik akal selalu sadar
Dimana pun hayat dipanggil pulang
Bukan kehendak badan yang malang

Nukilan Pena Cahaya Minda
17 july 2014

No comments:

Post a Comment

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...