Friday, July 11, 2014

Mentari

Mentari siapa menjemput mu dipagi ini
Kerana rembulan dan kejora telah beradu
Bagi mereka siang adalah malam
Andai aku punya pesawat sebesar geruda
Pasti sebelum terbit mu ku undang kehalaman
Agar taman bunga dan rama rama
Berkejaran dengan sinar mu
Kerana sinar pagi mu penuh harapan
Buat kehidupan setiap mahlok

Mentari apakah tengahari ini
Sang awan gemawan tidak menghalang sinar mu
Kerana mendung selalu cemburu
Pada cahaya sayap mu
Akan memenuhi persada empat benua
Lalu setiap kehidupan
Menyerap cahaya dan tenaga mu
Seperti juga rembulan dan kejora
Diri ku kagum kau terlalu pemurah
Memberikan tanpa had dan bayaran

Mentari enkgau pasti akan pergi lagi
Bila saat malam melabuh tirainya
Rembulan dan kejora tidak segagah wujud mu
Dalam memberikan cahaya
Jestru itu kehidupan akan merindui sinar cahaya mu
Dan tetap setia menunggu pada hari yang bergelar esok

Nukilan Pena Cahaya Minda

No comments:

Post a Comment

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...