Thursday, August 14, 2014

Hanya doa

Wahai warga Gaza
Para wanita
Para oku dan anak anak
Entah mentera apa lagi yang harus ku petri
Dalam simpati dan membela kamu
Menghadapi kejamnya rejim ziones
Untuk mendapatkan tanah yang dijanjikan

Jumlah jiwa yang menjadi mangsa
Tidak mampu ku hitung
Bangunan dan harta yang ranap
Tidak kuasa ku mentafsir
Kerana aku terlalu kerdil
Untuk melibatkan diri dalam kencah itu
Nyata aku hanya mampu berdoa
Agar penderitaan yang memanjang
Segera ternoktah diperjalanan damai
Pada yang masih tersisa
Kembalilah kepangkal tali Illahi
Kerana disana ada laluan kemenangan

Wahai warga Gaza
Masih ada yang perlu kamu hayati
Yang membuat jasad dan roh ku sujud diheribaan Illahi
Rantap tangis ini tidak akan kuhentikan
Selagi tercatat dilayar langit samawi
Derita pencinta Illahi dan Rasul
Mereka melewati kehidupan laksana khadim Nya
Pasrah dalam sabar berdoa
Redha dalam sujud berzikir
Zuhud dalam duduk bertasbih
Istikamah dalam melangkah bertahmid dan bertakbir
Mereka hijrah dimerata benua
Menyelamatkan ibadah dan iman

Namun nyawa dan raga mereka
Tidak ada nilai buat orang orang jahil
Jahii dalam cinta dan kasih sayang
Jahil dalam sunah dan iman
Berjubah agama bertingkah murka
Mereka ditindas dianiya difitnah dan dibunuh
Aduhai dimana keamanan
Walau bumi ditumpang mencanang keamanan
Hanya bagai saloka dicebisan layar hanyut

Wahai insan insan yang dizalimi
Itulah sunah yang kekal
Usah berputus asa berpatah arang
Sujudlah hingga batas bumi menjadi dingin
oleh genangan air mata mu
Rantai dan lilitlah roh dan jasad mu
Dengan sholat sabar dan amal soleh
Nescaya nobat fatah akan diraih
Kerana Allah Khalik kita
Adalah Khalik yang pernah menobat fatah
Pada yang Mulia Khataman Nabiyin
Berserta sahabat yang puas melalui penganiayaan.

Nukilan pena Cahaya minda

No comments:

Post a Comment

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...