Dimana ukwah
Perjalan bagaikan meniti benang yang kusut
Tiap langkah bagai terjerat
ku cari sahabat hingga kehujung langit terbuka
Hanya suara jasad nya ghaib
Lalu dimana ukwah sesama kita
Kerana anak panah terlepas dari busurnya
Sedang pedang tercabut dari sarungnya
Mencari sukma jadi mangsanya
Lalu indra merenung lukisan dikaki langit
Warna latar menawan kalbu
Jestru membuat aku terjaga
Kerana terlelap dibuai igawan
Diri ini cuma khadim yang kerdil
Berdiri tidak sama tinggi
Dan duduk tidak sama rendah
Apa lagi mengejar gelaran dunia
Pasti cuma mengadai nama
Ku tanya pada kalbu yang bisu
Mana mungkin bersuara menjawab
Ku tanya pada otak yang asik berfikir
Tapi seakan mengatakan renunglah
Lalu ku soal pada akal
Berkata akal tanpa suara
Andai sudi mencari penawar
Bacalah wahyu dimalam sepi
Renunglah terjemaahan disubuh dini
Dan hayati tafsir disiang usta
Pasti disana ada jawabnya
Nukilan Pena Cahaya Minda
Wednesday, September 3, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...
-
Andai esok masih ada Kegilaan ini wajib diusir Kebodohan jangan diberi ruang Lantaran hayat lebih berharga Dari terabai menyunsung bahaya An...
-
Berat beralas gelisah dan gundah Mimpi pun tidak menghadiahkan damai Kicau murai seakan menyapa Mengerti tentang langkah ini Diabaikan ma...
-
CVD sembilan belas Aku wajar menghindar dari mu Bukan aku tidak bertawakal Tapi ku kenal hakikat khauf Destinasi hakikat tawa...
No comments:
Post a Comment