Thursday, March 20, 2014

Kembara menuju langit samawi

Dimana mula melangkah
Dimana mula bernafas
Bila mula telinga mendengar
Bila indra mula melihat
Apa yang pertama difikir
Apa kalimat awal diucap
Tak mampu diingat
Sebuah perjalanan
Yang terlalu panjang

Kini mula dihayati
Bait bait kehidupan
Terlalu berharga
Pasti itu hutang warisan
Tidak akan mampu dibayar
Pada Mu Illahi
Engkau teramat pemurah
Terhimpun semua sifat kebaikan
Mengajar agar selalu pasrah
Pada qada, qadar dan takdir Mu

Lalu siraman mawar kesturi
Segar dibatas pusara hayat
Kerana telah mati sebelum maut
Jasad kehilangan diri
Dalam meniti tharikat
Jiwa sirna
Dibawah lindungan cahaya sya’ariat
Rohani fana
Dilautan Ma’akrifat
Lalu menyatu
Jasad,jiwa dan rohani
Dipersada Hakiqat langit samawi

Nukilan pena cahaya minda

No comments:

Post a Comment

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...