Friday, July 11, 2014

Danau kota marudu

Diri ini bukan lagi seorang kembara disini
Tapi hak aku adalah peribumi
Tidak pernah terniat berlabuh lama disini
Kerana bahtra ini datang dan pergi
Namun telah tujuh tahun aku menyamai benih
Walau danau ini selalu bergelombang
Apa lagi pada malam ramadan
Itulah santapan yang dihidang
Oleh anak anak nakal yang kesihan

Andai tiba saat aku diperintah beredar
Pasti kenangan manis ku lakar diperjalanan
Bahawa beberapa kali rumah dihujani percikan mercun
Sedang batu batu kadang bergilir
Memecah jendela dan membocorkan zink
Sesekali mereka memacah masuk
Tanpa salam dan pamit
Menjarah apa yang ada
Komputer riba kemera hn phn i pad dan wang
Lesap tanpa kesan

Namun sukma ku tak berputik kesal
Kerana yang mulia Kekasih ku
Pernah dihijani bebatuan dan anak panah
Bahkan gigi tertanggal dan mengalir darah suci
Tidak mungkin terlerai serah itu
Diruang terbatas dicebisan halaian ini
Cuma sukma ku terpukau
Detik itu orang orang jahiliah dilayar
Sedang hari ini mereka mencemar duli ramadan

Entah bila penghuni danau kota ini
Menghayati misi perdamaian
Cinta untuk semua tiada benci pada sesiapa
Dan air didanau tidak lagi bergelombang
Lalu ridha Illahi bagai piala sepanjang zaman

Nukilan pena cahaya minda

No comments:

Post a Comment

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...