Zikir senja dipantai bingkoka
Kabus senja dipantai bingkoka
Kutitip kerinduan lewat tasbih bertaup zikir
Telah memecah sepi dibatas sebalas purnama
Lalu mimpi mengemit sukma bagi nyata
Merawan hingga kelapis ketujuh langit samawi
Sedang camar berkicau mengemit kalbu
Mengapa dihujat sesat! tarikat hidup mu
Jertru langkah bertaup pada syahadat
Melangkah bertilek sunah
Dan bernafas pada harakat Zat Illahi
Pasrah kupahat kerinduan ini
Pada kabus rawan dipantai mu bingkoka
Pasrah menanti tarawih dan senandung tilwah
lalu taranum,maghraj dan tajwid
Sesekali berhenti dibatas mad asli badar tabie dan lazimiskilah
Padat terjemaahan,tafsir,saraf dan nahu
Berkombinasi melingkar jarak
Lalu antara insan dangan Khaliknya
Erat menyatu dalam sibgah
Laksana panah dengan busurnya
Sedang jarak memisah insan dengan neraka
Sejauh sejuta tahun perjalanan cahaya
Wahai insan!capai dan rangkulah
Dengan rantap dan tangis
Walau harus merangkak digunung salji
Kerana setiap saraf haus mu dan zarah lapar puasa mu
Pada batas tabah dan langit kesabaran
Pasti dan pasti
Ada piala liqa bari Taala
Yang zahir diambang diakhir kehidupan Ramadan mu.
Nukilan pena cahaya minda.

No comments:
Post a Comment