Aku lah pepohon itu
Aku lah pepohon itu
Yang ditanam puluhan tahun lalu
Akar tunjang mencengkam dedasar bumi
Disana ku serap air yang kudus
Lalu dahan bertambah kukuh
Dedaun bertambah rendang
Berbunga dan berbuah
Disana Sang ungas dan burung berkicau
Berkejaran makan dan berteduh
Dari ranting dan dedaun dibuat sarang
Entah sudah berapa koloni berganti
Namun aku tetap itu juga
Andai akar tunjang ku dicabut
Pasti akan hijrah kealam lain
Yang ditanam puluhan tahun lalu
Akar tunjang mencengkam dedasar bumi
Disana ku serap air yang kudus
Lalu dahan bertambah kukuh
Dedaun bertambah rendang
Berbunga dan berbuah
Disana Sang ungas dan burung berkicau
Berkejaran makan dan berteduh
Dari ranting dan dedaun dibuat sarang
Entah sudah berapa koloni berganti
Namun aku tetap itu juga
Andai akar tunjang ku dicabut
Pasti akan hijrah kealam lain
Wahai dedaun yang menghijau
Andai bertukar warna menjadi kuning
Pasti terlepas dari ranting
Aku tidak kuasa menahan
Walau sukma simpati
Wahai dahan andai bertukar kering
Pasti patah dan jatuh ketanah
Maaf tak mampu membantu
Kerana kita sama saja
Tidak kalis takdir dan mati
Andai daun luruh dan dahan jatuh
Adalah lumrah alam semesta
Tapi andai akar dicabut itu hukum alam
Lebih simpati pada burung dan ungas
Kehilangan tempat tinggal dan berteduh
Andai bertukar warna menjadi kuning
Pasti terlepas dari ranting
Aku tidak kuasa menahan
Walau sukma simpati
Wahai dahan andai bertukar kering
Pasti patah dan jatuh ketanah
Maaf tak mampu membantu
Kerana kita sama saja
Tidak kalis takdir dan mati
Andai daun luruh dan dahan jatuh
Adalah lumrah alam semesta
Tapi andai akar dicabut itu hukum alam
Lebih simpati pada burung dan ungas
Kehilangan tempat tinggal dan berteduh
Nukilan pena Cahaya minda
No comments:
Post a Comment