Tuesday, September 23, 2014

Mentari bersinar diukuf barat
Andai diriku mampu terbang
Kujejajahi alam buana ini
Biar lah hari demi hari ku lewati
Tanpa waktu dibuai mimpi
Aku pasti akan terus berjaga
Agar tidak jatuh terhempas dibumi
Bulan dan kejora ku gantung dironga dada ku
Biar dan biarlah tanpa sapa dari mahlok igawan
Diri ini tidak pernah mengharap mimpi
Kerana amanat ini nyata terangnya
Laksana mentari bersinar disiang hari
Beratnya seakan bahu memikul petala bumi
Namun dunia dan penghuninya
Belum berikrar untuk berhenti melimpari ku
Dengan batu dendam kesumat
Dan adunan fitnah dan fatwa
Ditambah bumbuh resepi ulama uhuhum
Yang merasa kalis noda dan dosa
Wal hal azab melakar tanah yang lama kemarau
Api dan bahangnya menyelimuti harakat maya
Andai nafas ku mampu
Akan ku tiup sangakala mengegar alam semesta
Agar mata hati wujud disetiap kalbu
Menyingkap setiap zarah hijab rohani
Mampu melihat tanpa berkelip walau sesaat
Kerana sang mentari samawi telah terbit bersinar diukuf barat
Menzahirkan nubuatan yang dilafaz dan tercatat
Oleh Insan Kamil Mustafa HatamanNabiyeen
Setiap Lafaz yang zahir dari nafas kudusNya
Adalah kalimat kudus yang diaminkan para Malaikat
Sejak berabad silam
Nukilan Pena Cahaya Minda

No comments:

Post a Comment

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...