Wednesday, September 3, 2014

Warisan merdeka

Selamat datang hari merdeka
Jalur gemilang berkibar dimerata bumi Malaysia
Kuning biru merah dan putih
Lambang daulat kesucian perjuangan pengorbanan dan penyatuan
Yang diwariskan para pahlawan gemilang
Diambang merdeka Negara ku Malaysia

Wahai anak anak bangsa ku Malaysia
Sukma lara ku bimbang menyosong zaman
Mohor bendera jangan didera
Kerana tika tarikh merdeka raya menjelang
Jalur gemilang bagai cendawan tumbuh selepas hujan
Namun setelah purnama merdeka beredar
Wajah segar mu dibiar keletihan dan lesu
Akhirnya robek dan reput
Dimamah mentari dan tengkujuh
Hingga berkumandang puisi sang purnama dan kejora
Andai mohor jalur gemilang dilindungi dan dibela
Kerana disana mohor sebuah Negara

Wahai warga Negara ku Malaysia
Merdeka yang kita warisi ini
Lebih berharga dari sebumi emas dan intan permata
Merdeka yang kita nikmati ini
Lebih bernilai dari sebenua mutiara pilihan
Kerana merdeka yang kita rayakan ini
Dinobat dari korban jiwa dan tumpahan darah
Dan perahan minda dan keringat
Para pejuang yang tak pernah kenal menyerah kalah.
.........

Nukilan pena Cahaya Minda

No comments:

Post a Comment

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...