Thursday, May 9, 2019

Bersama titisan air embun


Semalaman ku rentasi alam
Entah berapa titik embun
Menerpa dedaunan dan bunga
Lain lagi yang menyatu
Dengan samudera sungai dan danau
Bahkan perigi dan longkang
Itulah pengorbanan titisan air
Ketika hujan membasahi bumi
Air dan embun bersatu
Hingga tidak ada jurang pemisah
Aduhai insan, manusia dan haiwan
Apakah indra berkaca kaca
Ketika titik titik air
Turun dari langit
Tidak berwarna warni
Walau pelangi merentangi awan
Namun bayang bayang di air
Tidak wujud perbezaan
Antara bayangan dan penzahiran
Lalu semalaman ku rentasi mimpi
Tidak ku temui titik hujan dan embun
Walhal jasad tidak terpisah dengan air
Kerana siapalah jasad tanpa air
Pasti terapung dilambung gelombang
Akhirnya tenggelam didalam air .
Nukilan Pena Cahaya minda @ 27 March 2019

Image may contain: sky, ocean, cloud, tree, outdoor and nature

No comments:

Post a Comment

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...