Thursday, May 9, 2019

Ragam Angkasa

Bintang memang awal dilangit
Namun sentiasa tunduk memandang bumi
Kunang kunang pun terbang tinggi
Sesekali sekala turun keranting
Rajawali terbang diangkasa
Tapi seting singah ditepi danau.
Cuma alam insan berbeza
Ada yang kata
Manusia mudah alpa
Alpa atau tak ingat
Alpa dunia asal kita
Hilang kenangan ibu bapa
Walhal mereka alpa pada lupa
Kerana kenangan beriring hayat
Tatkala malam mendatang
Kenangan mengundang mimpi
Penuh igauan resah gelisah
Ibarat tidur diranjang tak sudah
Malam tetap malam
Tidak sesekali menjadi siang
Namun alam insan
Anak menjadi ayah dan ibu
Sahabat menjadi musuh
Rakyat tidak mejadi raja
Tetapi boleh jadi pelarian
Walhal ditanah tumpah darah
Oleh itu usah dikejar resah
Tapi usirlah gelisah
Kerana dunia pasti ada Pemiliknya.

4 March 2019 

Image may contain: one or more people

No comments:

Post a Comment

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...