Jasad sukma dan kalbuku
Bersyukur hingga ke aras tertinggi
Kerana Dia Maha Agung
Memberikan aku kesempatan termahal
Melalui dermaga hayat itu
Lalu menjadikan anjakan paradigma
Merenangi samudera luas
Walau badai gelombang ganas
Telah jauh di tinggal diarus dunia.
Bersyukur hingga ke aras tertinggi
Kerana Dia Maha Agung
Memberikan aku kesempatan termahal
Melalui dermaga hayat itu
Lalu menjadikan anjakan paradigma
Merenangi samudera luas
Walau badai gelombang ganas
Telah jauh di tinggal diarus dunia.
Esok ,lusa dan tulat
Purnama akan datang
Dekad depan dan seterusnya
Belum ada kepastian
Dibenua mana langkah ternoktah
Kenyataannya dermaga itu
Kian jauh tertinggal
Bersama lambaian masa silam
Segalanya terpahat digigi air
Bersama kenangan hayat
Yang tidak tidak mungkin dilupakan.
Purnama akan datang
Dekad depan dan seterusnya
Belum ada kepastian
Dibenua mana langkah ternoktah
Kenyataannya dermaga itu
Kian jauh tertinggal
Bersama lambaian masa silam
Segalanya terpahat digigi air
Bersama kenangan hayat
Yang tidak tidak mungkin dilupakan.
Nukilan Pena Cahaya Minda @ 25 April 2018

No comments:
Post a Comment