Monday, January 6, 2014

IBU

Ibu
Cekal hati mu laksana batu karang dilautan
Dalam mendidik zuriat mu
Sabar Nya hati mu, laksana pantai dipersisiran
Dalam melayan kerenah anak anak mu
Tiada kedengaran sebesar debu keluhan
Tiada terkesan setitik raut kecewa
Bertapa dalam senyum mu, tersirat letih derita
Tidak senoktah pun langkah mu terhenti
Walau segunung kinabalu cabaran menghalangi mu
Namun sekuat halilintar Engkau hadapi

Ibu
Cinta suci mu
Adalah benteng bersinar disatiap ukuf
Kasih suci mu
Adalah penaung hujan dan teriknya kehidupan
Kasih sayang mu
Adalah aura,yang tidak ditembusi kekejaman
Pengorbanan mu
Adalah pasak teguh mencengkam kedasar bumi
Dan doa khusuk mu
Adalah mentera karamat yang mustajab
Yang tidak ditembusi lakhnat dunia

Ibu tersayang...
Nyata aku tak mampu dan tak akan mampu
Membayar semua piautang itu
Walau tergadai dunia dan akhirat ku
Kini,aku hanya membaca kenangan
Yang tersimpan disudut almari hati ku
Setiap kali ku tetap bayangan bingkai potret mu
Sukma ku menyatakan
Maafkan aku ibu
Kerana hanya doa yang mampu ku ukir diperjalanan hidup ku.

Nukilan cahaya minda

No comments:

Post a Comment

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...