(Sebuah pertanyaan)
Dengan apa gendang ini akan terus ku palu
Agar dedaun telinga boleh mendengar
Dengan apa layar ini akan terus ku kibar
Agar indara mereka melihat
Dengan apa langakah ini terus ku atur
Agar insan mampu mengikuti
Suara sumbangku kian serak
Bagaikan kicau gagak rimba
Sedang gugusan angin kian kencang
Bersama batu karang dilautan
Menghalangi perjalan panjang ini
Ya Illahi Rabbi….
Engkau melihat sampai kedasar sukma ku
Aku teramat lemah dan kerdil
Sehelai rambut yang gugur terbiar
Tak mampu aku mengembalikanya
Tapi ku sahut panggilan kalam itu
Kerana keyakinan ku setinggi angkasa
Biar dan biarlah
Walau jasad ini dibakar neraka dunia
Namun sukma ku pasrah dan redha
Aduhai Insan…….
Renung dan dengarlah sumpah ini
Demi Allah wujud yang Ahad
Tidak ada fatwa yang baru dicipta
Kalimah syahadah teguh tersurat
Tidak ada kalam Illahi yang dirobah
Rukun Islam tetap bertiang lima
Rukun Iman berpalang enam
Jauh sekali syariat baru
Syurga dan neraka itu Haq
Kehidupan ini benar
Kematian adalah pasti
Wahai para ulama
Sesat kah perjalanan ini ????
Nukilan cahaya Minda
Thursday, January 16, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...
-
Andai esok masih ada Kegilaan ini wajib diusir Kebodohan jangan diberi ruang Lantaran hayat lebih berharga Dari terabai menyunsung bahaya An...
-
Berat beralas gelisah dan gundah Mimpi pun tidak menghadiahkan damai Kicau murai seakan menyapa Mengerti tentang langkah ini Diabaikan ma...
-
CVD sembilan belas Aku wajar menghindar dari mu Bukan aku tidak bertawakal Tapi ku kenal hakikat khauf Destinasi hakikat tawa...
No comments:
Post a Comment