Monday, January 6, 2014



Surah Al Fatihah adalah satu surah yang selalu kit abaca didalam setiap sholat.Didalam sebuah hadist banyak nama yang diberikan dan dijelaskan kebaikan kebaikanya.ada jua yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda *Allah Taala berfirman bahawa Aku telah membahagikan Sholat yakni Surah Al Fatihah,Sebahagian untuk aku dan sebahagian untukhamba hamba ku [Muslim Kitabus  Sholat bab Wujub Qaro”al Fatihah Fi kulli Rakaat……hadist no878]
Yakni sebahagian surah Al Fatihah menerangkan tentang sifat Illahiyah dan sebahagian lagi adalah untuk hamba.
Begitu sekali pentingnya surah ini bahawa setiap orang yang menunaikan sholat hendaklah selalu merenungkan surah ini,dimana sifat sifat Allah hendaklah dihayati sungguh dan berusaha mengambil faeadahnya.Begitu juga dengan merenunginya,doa doa yang dipanjatkan akan mendapat kurnia,dan dalam setiap rakaat sholat hendaknya dibaca dengan penuh teliti yang mendalam.
Begitu juga diingatkan selalu bahawasurah ini ada hubungan dengan Hazrat Imam Mahadi a.s.Rijukan  dari para sufi terdahulu ada menyebutkanya,dan dalam surah Al Fatihah itu sendiri memerangkan tentang nikmat nikmat yang akan di zaman Hazrat Imam Mahadi a.s,dan isyarat untuk menjauhi kejahatan dan kesesatan pun diterangkan dalam surah ini.Oleh itu sangat pentingnya surah Al Fatihah ini bagi orang orang Muslim pada masa ini.

No comments:

Post a Comment

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...