Friday, January 17, 2020

Damai Dalam Kenangan


Riak tanpa gelombang ombak
Itulah gelagat tasik Pandan
Deru sang bayu damai
Membawa kenangan yang hilang
Kembali bermain bersama suratan
Sukar ku lakar diaras air tenang
Kerana bila nafas alam bertiup
Segalanya akan sirna terpadam

Tasik Pandan kehilangan haruman
Yang hadir wujud berserta nama
Entah apa asal muasal mu
Patutkah ku selongkar perstiwa itu
Walhal telah lama ditelan zaman
Andai bukan takdir dibalik tadbir
Pasti aku tidak mengenal wujudmu

Bumi mu memberiku ruang
Menyedut udara segar
Damai bersama kenangan
Tiap langkah ku atur tidak tersusun
Kerana sesakali aku mengalah
Membiarkan mereka bersama semangat
Ingin sihat sepanjang hayat
Dengan keringat membasahi jasad

Nukilan Pena Cahaya Minda,
3 Oktober 2019

Image may contain: sky, outdoor, water and nature

No comments:

Post a Comment

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...