Friday, January 17, 2020

Adakah Penawar




Malam pasti sepi dan gelap
Siang berbisik sopan
Kerana menghormati senja
Waktunya cuma tinggal sedetik
Biarlah penghuni tanah pusaka
Dipijak semangat kesumat
Saat sukma ditembus panah syaitan
Penuh kebencian yang ditanam
Lalu ego memerintah kalbu
Fajar pasti cerah sinarnya
Sang kejora tunduk tanpa jidat
Lambang adat dialam hayat
Yang muda menjunjung sifat
Yang tua mengorak kasih
Ah masihkah ada penawar
Andai hormat dicincang lumat
Atau zaman muda menunggu kiamat
Telah kujelajah belahan bumi
Masin samudera ku tumpang mandi
Jangan diharap darah menjadi masin
Renung resam ikan dialam garam
Tetap tawar sepanjang nafas
Ketika pulang kealam asal
Baru sedar asal muasal
Bumi tidaklah serendah dirasa
Awan bukan lambang angkasa.

Nukilan Pena Cahaya Minda,
24 November 2019

Image may contain: sky, road, cloud, outdoor and nature

No comments:

Post a Comment

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...