Aku bukan lagi dibuai mimpi
Kerana wujud ini pantulan cahaya
Yang telah lama abadi
Pesan cahaya mentari siang
Tidak insan yang mampu menghalang
Walau dia pahlawan cuma dialam mimpi
Siang tidak pernah berakhir
Selagi sang malam disangkar purnama
Lalu semalam ku bebaskan masa
Dari kurungan sangkar detik
Peristiwa diranjang hayat
Adalah sejarah asing alam kematian
Lembaran kain kafan telah mencatat
Nama nama mereka yang telah berhijrah
Kealam nan kekal abadi
Engkau terhitung sebagai mujahid
Moga damai dalam redha Illahi
Jasad serta roh telah ku wakaf
Didanau Syariat yang rapi terkawal
Nafsu amarah akan terlempar keluar
Tanpa isyarat lantaran termaktub
Diperjanjian yang ditanda tangani
Dialam mahfus bersaksi ikrar
Antara lafaz lidah yang tidak bertulang
Dengan tekad sekukuh Nabalu
Jestru itu tangisku sering hadir
Saat bersujud dikeribaan Illahi.
Nukilan Pena Cahaya Minda,
16 September 2019

No comments:
Post a Comment