Friday, January 17, 2020

Saban Dekad Kerakusan Itu.


Kuhitung saban dekad tidak terhitung
Mereka mahu cuma hidup sendiri
Hayat yang lain dibunuh rakus
Tanpa simpati pandangan langit cemar
Hanya udara dipenuhi serakah tamak
Entah bila tanggungjawab dan kesedaran wujud
Pada naluri insan berhati parasit

Ayuh ukur dengan akal insan
Berapa bacaan pencemaran jerebu
Kabur asap bukan berkepul lagi
Ribuan unggas dan haiwan diratah neraka
Neraka yang dicipta kesumat busuk
Hayat kehilangan segala keindahan
Siapa saja yang menitiskan air mata
Pasti disukma dalamnya ada cinta
Pada anugerah alam semula jadi
Bukan setahun dijadikan ukuran masa
Oh undang undang dimana kuasa mu

Andai aku pelaksana undang dan akta
Kusekam pelaku disekam asap jerabu
Agar dia merasa betapa sempitnya bernafas
Betapa singkatnya jangkaan pandang
Betapa dungu dan sempitnya akal
Penyala api terlepas dari sangkar akal
Dan pasti tidak ada sudut buat maaf mu
Lantaran kau pembunuh tegar
Yang tidak wajib hadir dibumi damai ini

Zaman kian morden meninggalkan purba
Namun asap dan jerebu telah tua renta
Dimana para saintis leka merenung
Masa merentasi zaman silam
Bekukah penemuan dibatas awan
Jerebu gagal diusir pergi
Sebatas hujan tiruan kemampuan itu
Itu juga diera abad tujuh puluhan?

Nukilan Pena Cahaya Minda,
21 September 2019

No comments:

Post a Comment

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...