Dengan apa aku mencari kejora
Pada malam Yang penuh berkah Langit tidak akan membiarkan tersesat
Dalam sebuah penceraian
Lagi pula tidak bertempat untuk sembunyi
Lantaran malam gelap dalam cahaya
Lagi pula tidak bertempat untuk sembunyi
Lantaran malam gelap dalam cahaya
Dengan apa ku sembunyikan purnama
Pada malam yang sarat dengan berkah
Kerana langit tidak pernah berdusta
Cahaya purnama menjadi bukti
Purnama tidak kuasa bersembunyi
Di sebalik cahaya maha benar
Yang telah lama terpamer
Dibenua bumi nyata
Pada malam yang sarat dengan berkah
Kerana langit tidak pernah berdusta
Cahaya purnama menjadi bukti
Purnama tidak kuasa bersembunyi
Di sebalik cahaya maha benar
Yang telah lama terpamer
Dibenua bumi nyata
Dimana Ku sembunyikan cahaya sangsuria
Kerana langit kalis berdusta
Cahayanya bening bersinar
Dari Nabalu sampai keHemalaya
Salju pun tidak akan mampu
Menyembunyikan cahaya kebenaran
Yang dibawa oleh Adam sampai YM Rasulullah
Kerana langit kalis berdusta
Cahayanya bening bersinar
Dari Nabalu sampai keHemalaya
Salju pun tidak akan mampu
Menyembunyikan cahaya kebenaran
Yang dibawa oleh Adam sampai YM Rasulullah
Lihatlah Malam berberkah Al Mubarak
Hias dengan amal soleh
Gadai kentuk beranyam mimpi
Hanyutkan igauan di ranjang Malam
Lantaran tilawah menghiasi alam
Sedang tarawih lantai Ramadan
Tiangnya tahajud bersulam tahmid
Dindingnya zikir bertulang tasbih
Atapnya takbir membakar dusta.
Hias dengan amal soleh
Gadai kentuk beranyam mimpi
Hanyutkan igauan di ranjang Malam
Lantaran tilawah menghiasi alam
Sedang tarawih lantai Ramadan
Tiangnya tahajud bersulam tahmid
Dindingnya zikir bertulang tasbih
Atapnya takbir membakar dusta.
Nukilan Pena Cahaya Minda .
@ 15.May.2019

No comments:
Post a Comment