Monday, July 29, 2019

Apa Di Hati Kita



Seibarat gambar dalam gambar
Yang mana asli yang mana palsu
Sukar diyakini di alam nyata
Kerana suara hati tidak kekal
Akan berubah mengikut rentak ombak
Itulah disebut kalbu
Selalu berputar dalam kitaran waktu
Ada apa didalam hati
Selain ungkapan aku sakit hati
Mengundang marah dan gundah
Sangka buruk berubah jadi fitnah
Fitnah membaja permusuhan
Sahabat boleh jadi lawan
Atasan jadi musuh tegar
Rakan sejawat membungkam
Benci bukan kepalang
Akhirnya segala kebaikan hilang
Terbiar dineraca timbangan
Ramadan Al Mubarak!
Tetamu yang setia
Membawa hidangan dari langit
Bakar ego dan keras hati
Kerana selagi ada dihati
Sukma gersang mengusir Ramadan
Kalbu bertaup dendam diulam duka memanjang
Tahun berganti wujud terus meranta
Hari sukma dan Kalbu
Rugi kalau masih menjana benci
Ada apa direlung hati
Kalau benci teguran
Yang datang dari sekeping hati
Sewajibnya cinta untuk semua
Tiada benci buat sesiapa
Tapi sayang hati tidak mengenal kalbu
Dan kalbu asing buat sukma
Bimbang akhirnya sakit hati ketika pulang.
Nukilan Pena Cahaya Minda 
@ 22.May.2019
Image may contain: cloud, sky, outdoor, nature and water

No comments:

Post a Comment

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...