Monday, July 29, 2019

Cahaya Kebenaran



Awan dalam cahaya awan
Siapakah yang mampu membaca
Kerana itu sinar cahaya langit
Yang telah berabad terpamer
Selalu terulang dan diulang
Buat tetapan para Insan
Kerana dakapan siang gemilang
Melakar jalur warna penuh makna
Untuk ditafsir dialam puisi
Agar warna bukan bermakna lukisan
Langit bukan penampung gumpalan awan
Angin bukan penghawa dingin
Tapi penyumbang hayat rohani Insan.
Lalu apa sinopsis di balik makna
Lakaran puisi membungkam sukma
Tafsir pembaca beraneka ragam
Hingga jadi tafsir di dalam tafsir
Sukar diramal mahfumnya
Kerana puisi itu hidup tanpa nadi sendiri
Huruf demi huruf dipinjam
Lantunan suara dari halkum
Irama mesra alam yang abstrak
Kalimat terlerai merwarni perjalanan
Seorang puitis dianggap pengemis
Yang menangis dibingkai deklamasi
Ah aku pun terperangkap dalam jejak
Yang dialirkan oleh sang bayu
Hembusannya dingin damai
Dari puncak Nabalu yang gagah
Terpacak dinegeri Ku Sabah dipuncak bayu
Walau kemana kaki menjejak kembara
Kalbu ku tidak mampu menghapus memory
Yang mendominasi setiap harakat bumi mu
Setiap daerah dan Kota
Aku tetap merayau siang dan Malam
Dengan cahaya Kebenaran yang tidakkan pupus.
Nukilan Pena Cahaya Minda
@29.May.2019
Image may contain: cloud, sky, outdoor and nature

No comments:

Post a Comment

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...