Zaman kuda makan tembaga
Manusia makan dengan kalimah
Kerana Allah dan wujud Muhammad SAW
Dibakar tidak menjadi debu
Kepahitan adalah ulam
Yang manis kembali ke pangkal
Fikiran berwujud di akal
Sangkaan berwujud dikalbu
Manusia makan dengan kalimah
Kerana Allah dan wujud Muhammad SAW
Dibakar tidak menjadi debu
Kepahitan adalah ulam
Yang manis kembali ke pangkal
Fikiran berwujud di akal
Sangkaan berwujud dikalbu
Namun kini ghaib tidak bertempat
Sekati ibarat sepikul
Berat mata memandang
Berat lagi tangan menjunjung
Usia panjang bukan bertambah
Melainkan anjakan beban jadi nyata
Sekati ibarat sepikul
Berat mata memandang
Berat lagi tangan menjunjung
Usia panjang bukan bertambah
Melainkan anjakan beban jadi nyata
Aur kuning pelapah hijau
Rentakkan di rumpun buluh
Usah ditenung atau ditinjau
Cuma senaman mengusir peluh
Entah esok apa yang tersisa
Selain usia menunggu masa
Alam kubur Kian terasa
Moga disana aman sentosa.
Rentakkan di rumpun buluh
Usah ditenung atau ditinjau
Cuma senaman mengusir peluh
Entah esok apa yang tersisa
Selain usia menunggu masa
Alam kubur Kian terasa
Moga disana aman sentosa.
Nukilan Pena Cahaya Minda
@16.May.2019

No comments:
Post a Comment