Duduk bersimpuh menghayati zikir
Waktu singah malam sepuluh
Aku adalah penanti yang setia
Setiap dekad mencari peluang
Tidak pasti apakah setengah abad
Menanti hadir Lailatul Qadar
Keyakinan dipuncak awan
Allah Maha Pemurah dan Maha penyayang
Tidak membiarkan hamba musafir
Yang kelana dipersada bumi ini.
Waktu singah malam sepuluh
Aku adalah penanti yang setia
Setiap dekad mencari peluang
Tidak pasti apakah setengah abad
Menanti hadir Lailatul Qadar
Keyakinan dipuncak awan
Allah Maha Pemurah dan Maha penyayang
Tidak membiarkan hamba musafir
Yang kelana dipersada bumi ini.
Lailatul Qadar menemui insan
Bukan lantaran Ihsan manusiawi
Bukan kerana menahan lapar dahaga
Bukan kerana cinta akhirat
Atau benci urusan dunia
Tapi kerana Maha CintaNya Allah
Pada Insan yang ikhlas mencari Nya
Mengenal diri sebelum mengenal Allah
Mengenal Rasul melalui Cinta hakiki
Menerima Utusan Illahi lalu mentaatinya.
Bukan lantaran Ihsan manusiawi
Bukan kerana menahan lapar dahaga
Bukan kerana cinta akhirat
Atau benci urusan dunia
Tapi kerana Maha CintaNya Allah
Pada Insan yang ikhlas mencari Nya
Mengenal diri sebelum mengenal Allah
Mengenal Rasul melalui Cinta hakiki
Menerima Utusan Illahi lalu mentaatinya.
Kini detik mengenang masa silam
Waktu itu aku berpuasa
Menahan haus dan lapar
Malam Lailatul Qadar sudah kurindui
Lalu aku kembara keserambi alam
Mencari malam didalam malam
Yang menyembunyikan Laitul Qadar
Hijab akan tersingkap
Ketika Allah redha membuka langit
Lalu Lailatul Qadar menjadi rahsia
Dalam rahsia
Buat Insan yang menanti dimalam sepuluh terakhir.
Waktu itu aku berpuasa
Menahan haus dan lapar
Malam Lailatul Qadar sudah kurindui
Lalu aku kembara keserambi alam
Mencari malam didalam malam
Yang menyembunyikan Laitul Qadar
Hijab akan tersingkap
Ketika Allah redha membuka langit
Lalu Lailatul Qadar menjadi rahsia
Dalam rahsia
Buat Insan yang menanti dimalam sepuluh terakhir.
Nukilan Pena Cahaya Minda
@ 25.May.2019

.
No comments:
Post a Comment