Pedal minyak masih ada ruang
Jarum menecah 140/160
Terasa mengusir rasa bosan
Perjalanan kejauhan 400 km
Masih terasa layanan hobi
Usia renta selalu menggamit
Tersentuh sukma yang renta
Andai 30 dekad Yang silam
Entah dimana beza jauh dan dekat.
Jarum menecah 140/160
Terasa mengusir rasa bosan
Perjalanan kejauhan 400 km
Masih terasa layanan hobi
Usia renta selalu menggamit
Tersentuh sukma yang renta
Andai 30 dekad Yang silam
Entah dimana beza jauh dan dekat.
Akankah aku abaikan mereka
Kelajuan bagai angin taufan
Meninggalkan jarum 160
Tiada makna buat mereka
Kamera cctv tak mampu merakam
Pecutan bagai dikejar malaikat maut
Tanpa fikir tayar setengah usia
Kecepatan penuh makna dikejar
Namun sebenarnya masih tertinggal
Oleh laluan masa lebih bermakna
Bersama mereka yang tersayang
Kelajuan bagai angin taufan
Meninggalkan jarum 160
Tiada makna buat mereka
Kamera cctv tak mampu merakam
Pecutan bagai dikejar malaikat maut
Tanpa fikir tayar setengah usia
Kecepatan penuh makna dikejar
Namun sebenarnya masih tertinggal
Oleh laluan masa lebih bermakna
Bersama mereka yang tersayang
Lalu hitunglah putaran roda
Bagi kehidupan sebuah hayat
Kita akan mengatakan bila terhenti
Lantaran apa dimana dan kenapa
Pada perjalanan sepanjang usia
Ramai anak mencari ayah dan ibu
Ada juga ayah dan ibu
Mecari dimana anak
Arus jalan raya membaham manusia
Lebih banyak berbanding buaya disungai rajang.
Bagi kehidupan sebuah hayat
Kita akan mengatakan bila terhenti
Lantaran apa dimana dan kenapa
Pada perjalanan sepanjang usia
Ramai anak mencari ayah dan ibu
Ada juga ayah dan ibu
Mecari dimana anak
Arus jalan raya membaham manusia
Lebih banyak berbanding buaya disungai rajang.
Nukilan Pena Cahaya Minda
@ 3.Julai.2019

No comments:
Post a Comment