Tempat gugur lagi dikenang
Tempat lahir jangan lupakan
Tempat berjaya biarkan tinggal kenangan
Tempat berjuang disanjung jangan
Tempat kembara biar dipotret
Hanya catitan mampu berbicara
Tempat lahir jangan lupakan
Tempat berjaya biarkan tinggal kenangan
Tempat berjuang disanjung jangan
Tempat kembara biar dipotret
Hanya catitan mampu berbicara
Danau Lembah Marudu
Entah apa mahu dinobat
Pahit manis sukar dilupa
Disana dilakar seribu kenangan
Antara perjuangan belum usai
Tugas masih banyak masa kian singkat
Aku tidak mahu menghitung detik
Entah apa mahu dinobat
Pahit manis sukar dilupa
Disana dilakar seribu kenangan
Antara perjuangan belum usai
Tugas masih banyak masa kian singkat
Aku tidak mahu menghitung detik
Kini danau Lembah Marudu
Tertanam diaras sukma
Diluah mati ayah
Ditelan mati ibu
Namun benih kutanam
Pasti tumbuh subur
Tiada racun mampu membunuh
Akarnya telah menjunam
Jauh dikerak bumi.
Tertanam diaras sukma
Diluah mati ayah
Ditelan mati ibu
Namun benih kutanam
Pasti tumbuh subur
Tiada racun mampu membunuh
Akarnya telah menjunam
Jauh dikerak bumi.
Nukilan Pena Cahaya Minda
@ 30.June.2019

No comments:
Post a Comment