Monday, July 29, 2019

Cermin Itu Kacakah ?



Hati manusia disekitar Kita
Bagaikan cermin dalam kaca
Mudah tergores luka
Akan pergi meninggalkan kebaikan
Yang pernah kita tanam
Kita jaga baja dan rawat
Tanpa merenung kenapa digores
Mudah pecah bertabur serpihan
Tanpa berfikir kenapa disinggung
Apakah kerana kejamnya hati
Atau mengawal jangan tersesat jauh
Dari landasan Al hak
Renunglah bayangan didalam kaca
Andai wujud asli pecah berkecai
Semua kebaikan hilang bayangan
Dalam mimpi pun sirna
bagai igauan ketika sedar
Tapi andai cermin pecah berderai
Bayangan pun tak mampu disimpan
Melainkan membuang segalanya
Dari ingatan dalam kehidupan
Itu fiel dan kaul
Yang membakar Iman
Seperti api membakar daun lalang
Yang kering ditiup angin
Lalu izinkan aku merungkai soalan
Apakah cermin itu kaca
Ketika pecah berkecai
Tidak mungkin dicantum lagi
Bahkan serpihan menjadi ancaman
Yang melukakan dan mengalir darah
Untuk apa disimpan rapi
Tiada ruang mampu bersama
Kerana tajamnya menghiris dalam
Dari kulit sampai kesukma
Itu cermin atau kaca
Sama namun tidak serupa.
Nukilan Pena Cahaya Minda 
@ 17.June.2019

No comments:

Post a Comment

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...