Tuesday, February 19, 2019

Salam buat Nabalu
Keinginan dan kerinduan sukma ini
Pasti Nabalu terresap sudah
Lantaran telah 50 dekad
Berkecamuk antara rasa
Ketika remaja dan tua renta
Namun belum pernah padam
Sepanjang sejahtera dihayat jasad.
Dan kini cuma salam ku titip
Lewat sang bayu lalu.
Wujud kita jauh berbeza
Semakin tua hayat mu.
Maka kian kuat jasadmu
Sedang wujud jasad ini
Kian renta maka kian lemah jasadku.
Namun tua ku bertekad
Renta ku sujud
In Sha Allah
Puncak mu ku tawan bersama awan.
Tidak nyata pasti dalam igauan
Salam buat Nabalu
Sahabat mu sang Mentari
Saudara mu sang purnama
Jiran mu sang bayu
Cermin mu semudera
Dan tanah wadah mu
Para insan pengunjung mu
Selalu menetap dalam kalbu
Diusung mentera keramat doa ku.
Nukilan pena Cahaya Minda. 07.Disember.2017

Image may contain: cloud, sky, outdoor and nature

No comments:

Post a Comment

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...