Wednesday, February 27, 2019

Selamat Jalan Wira

Selamat jalan wira.
Ketika mentari bersinar pagi
Engkau berada dibawah sinar itu
Sinar yang tidak pernah padam
Selagi siang memerintah alam
Jadikan Tawakkal sebagai wadah langkah mu
Disana tersimpan erat segala rahsia kejayaan
Jadikanlah kalimat doa azimat keramat
Yang sentiasa membasahi bumi
Mengalirkan hidayah dan berkah
Merobah batu kelikir menjadi permata
Tanah mendeting menjadi emas
Sungai dan samudera menjadi daratan
Kerana bagi-Nya tidak ada yang mustahil
Perjalanan ditempuh mendaki gunung terajal
Berbatuan berlumut licin mencabar
Andai langkah alpa dan leka
Jurang yang dalam penuh bahaya
Siap siaga menanti mangsa
Belukar rimba penuh onak dan duri
Samudera luas diamuk badai
Angin taupan berteman gelombang
Namun Nakhoda yang bertaup diharibaan Illahi
Pasti sampai kedestenasi damai
Selamat jalan wira
Pergi mu sedetik cuma
Bentuklah jati diri mu
Setiap langkah bergerak
Doa dan harapan bersama
Wujud mu harus tersendiri
Jadilah emas ditengah dulang
Jadilah permata ditengah julang
Jadilah pejuang menghindar curang
Khianat adalah musuh mu
Rasuah adalah kotoran bumi dan langit
Moga dipuncak samawi
Nama dan jasa mu terpetri abadi.
Nukilan Cahaya Minda @26,august,2018

Image may contain: sky, grass, outdoor, nature and water

No comments:

Post a Comment

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...