Hukuman dan maaf
Hakim dunia tak punya kedudukan di akhirat
Tetapi pendosa di dunia mendapatkan syurga di akhirat
Itulah sifat Maha Agung Illahi
Maha tinggi dibandingkan Adil
Ampunan Illahi memenuhi alam
Berbanding kemaafan insan sekerdil pasir didulang
Tetapi pendosa di dunia mendapatkan syurga di akhirat
Itulah sifat Maha Agung Illahi
Maha tinggi dibandingkan Adil
Ampunan Illahi memenuhi alam
Berbanding kemaafan insan sekerdil pasir didulang
Pelajarilah undang undang makan
Agar tidak terhukum jasad mu
Menderita jantung dan tinggi darah
Kolesrol dan tulang belakang
bermasalah
Itu hukuman makan yang tidak disiplin
Akhirnya jantung diambil warasnya
Terhentilah nadi dari denyutnya
Agar tidak terhukum jasad mu
Menderita jantung dan tinggi darah
Kolesrol dan tulang belakang
bermasalah
Itu hukuman makan yang tidak disiplin
Akhirnya jantung diambil warasnya
Terhentilah nadi dari denyutnya
Aduhai hakim hakim dunia
Seraplah sifat Agung Illahi
Lantaran air hanya bersatu dengan air
Sifatnya lembut selalu mencair
Namun memadamkan panas api dunia
Ketika maaf lebih bernilai
Biarlah maaf memerintah sukma
Tetapi ketika hukuman menjadi islah
Biarlah jatuh dihujat keji.
Seraplah sifat Agung Illahi
Lantaran air hanya bersatu dengan air
Sifatnya lembut selalu mencair
Namun memadamkan panas api dunia
Ketika maaf lebih bernilai
Biarlah maaf memerintah sukma
Tetapi ketika hukuman menjadi islah
Biarlah jatuh dihujat keji.
Aduhai hati saudara sukma
Engkau ibarat kaca yang bening
Ketika pecah dan hancur
Dengan apa boleh disulam
Melainkan darah mengalir panjang
Sampai disemudera menjadi dendam
Berabad tambah menjadi dalam
Semakin sukar untuk diselam.
Engkau ibarat kaca yang bening
Ketika pecah dan hancur
Dengan apa boleh disulam
Melainkan darah mengalir panjang
Sampai disemudera menjadi dendam
Berabad tambah menjadi dalam
Semakin sukar untuk diselam.
Nukilan Pena Cahaya Minda @12,august,2018

No comments:
Post a Comment