Damailah kekasih ku.
Selamat jalan bapa yang tercinta
Telalu berat untuk melepaskan mu
Kerana rasanya belum puas kita bersama
Banyak cerita yang belum terlerai
Banyak keinginan yang belum tercapai
Belum sempat ku ucapkan terima kasih
Kerana engkau telah memberi ku hadiah
Kebahagiaan yang berharga dan abadi.
Telalu berat untuk melepaskan mu
Kerana rasanya belum puas kita bersama
Banyak cerita yang belum terlerai
Banyak keinginan yang belum tercapai
Belum sempat ku ucapkan terima kasih
Kerana engkau telah memberi ku hadiah
Kebahagiaan yang berharga dan abadi.
Selamat jalan insan yang tercinta
Hanya doa yang mampu
Mengiringi kepergian abadi mu
Kini aku sadar
Pemergian mu adalah hijrah ke alam abadi
Amal soleh yang kau semai
Pasti menghijau dipersada bumi
Moga pewaris kita menyedari
Sunnah yang engkau amalkan
Adalah diwariskan Rasulullah saw
Alangkah ruginya mereka
Yang mengabaikan mu
Tika engkau pergi mereka tangisi
Moga tidak hakis pesanmu Bersama keringnya air mata
Salam damai yang abadi buat mu.
Hanya doa yang mampu
Mengiringi kepergian abadi mu
Kini aku sadar
Pemergian mu adalah hijrah ke alam abadi
Amal soleh yang kau semai
Pasti menghijau dipersada bumi
Moga pewaris kita menyedari
Sunnah yang engkau amalkan
Adalah diwariskan Rasulullah saw
Alangkah ruginya mereka
Yang mengabaikan mu
Tika engkau pergi mereka tangisi
Moga tidak hakis pesanmu Bersama keringnya air mata
Salam damai yang abadi buat mu.
Selamat jalan Paman yang dihormati
Raut wajah mu
Terlalu sukar dipadam
Sentiasa terlukis
dalam memory yang silam
Kita pernah berlayar bersama
Dari dermaga Weston kepulau indah Labuan
Walau waktu itu
Aku masih anak hingusan yang mentah
Dalam mengharungi hidup
Ombak membadai behtera
Waktu itu ku rasakan
Mabuk akibat amukan gelombang
Yang membawa aku jadi dewasa.
Raut wajah mu
Terlalu sukar dipadam
Sentiasa terlukis
dalam memory yang silam
Kita pernah berlayar bersama
Dari dermaga Weston kepulau indah Labuan
Walau waktu itu
Aku masih anak hingusan yang mentah
Dalam mengharungi hidup
Ombak membadai behtera
Waktu itu ku rasakan
Mabuk akibat amukan gelombang
Yang membawa aku jadi dewasa.
Selamat jalan Sahabatku
Engkau terlalu istimewa buat ku
Pahit manis kenangan bersama
Sesekali engkau sebagai sahabat yang setia
Lahan perkongsian ilmu dunia dan akhirat
Tetap tergolong dilembaran sejarah
Moga sentiasa dibaca dan dihayati
Oleh warisan kita bersama
Kepahitan tidak selamanya pahit
Tapi kemanisan yang pahit
Adalah penawar duka diranjau dunia
Engkau terlalu istimewa buat ku
Pahit manis kenangan bersama
Sesekali engkau sebagai sahabat yang setia
Lahan perkongsian ilmu dunia dan akhirat
Tetap tergolong dilembaran sejarah
Moga sentiasa dibaca dan dihayati
Oleh warisan kita bersama
Kepahitan tidak selamanya pahit
Tapi kemanisan yang pahit
Adalah penawar duka diranjau dunia
Wujudmu tergadai dimamah usia
Kegembiran dan cita cita kau lebur
Demi kehidupan akhirat dan anak anak
Malam malam indah mu
Tergadai diranjang Samawi
Qiamullail merampas mimpi
Bermuzik tilawah sampai ke fajar
Aku saksi ketika berkongsi serambi dan atap
Salam damai ayah mertua
Salam dami paman ku
Salam damai Sahabatku
Doa tidak akan terhenti mengiringi perjalanan mu
Kegembiran dan cita cita kau lebur
Demi kehidupan akhirat dan anak anak
Malam malam indah mu
Tergadai diranjang Samawi
Qiamullail merampas mimpi
Bermuzik tilawah sampai ke fajar
Aku saksi ketika berkongsi serambi dan atap
Salam damai ayah mertua
Salam dami paman ku
Salam damai Sahabatku
Doa tidak akan terhenti mengiringi perjalanan mu
Nukilan cahaya Minda
2 July 2018.
2 July 2018.

No comments:
Post a Comment