Pengemis dua dunia
Didetik kritikal paranormal
Kesakitan menyambar damai
Hilang musnah segala kedamaian
Seakan perjuangan dihujung hayat
Kalam alam siang dan malam
Aku terbang sekala kalakatu
Bayangan maut mengiringi ku
Seakan tiada bayu senja
Tiada purnama malam penuh
Sirna sinar cahaya mentari siang.
Kesakitan menyambar damai
Hilang musnah segala kedamaian
Seakan perjuangan dihujung hayat
Kalam alam siang dan malam
Aku terbang sekala kalakatu
Bayangan maut mengiringi ku
Seakan tiada bayu senja
Tiada purnama malam penuh
Sirna sinar cahaya mentari siang.
Wa'n Syurna Warhamna, Illahi Rabbi
Aku wujud pengemis dialam doa
Indra ku buta terhadap yang lain
Dibumi mahu pun dilangit
Sujud ku atas fil'amar Engkau
Hanya sabar dan kekuatan
Kupohon bukan dari yang lain
Hanya Engkau wahai Khalik
Penguasa Maha Kuasa
Tunggal Awal tiada berakhir
Aku wujud pengemis dialam doa
Indra ku buta terhadap yang lain
Dibumi mahu pun dilangit
Sujud ku atas fil'amar Engkau
Hanya sabar dan kekuatan
Kupohon bukan dari yang lain
Hanya Engkau wahai Khalik
Penguasa Maha Kuasa
Tunggal Awal tiada berakhir
Warna dua dunia bergabung
Dalam sifat menyatu
Kurenung jejalan silam
Bayangan renta ku kaku
Wajar aku adalah pengemis
Dari dua alam sadar
Aku juga adalah pengembara
Miskin papa kedana
Ilmu apa pun bukan milik ku
Walau menghitung angka
Atau menyusun huruf
Alif berdamah mim
Mengatur jazam menyusun tanwin
Aku buta nahu dan saraf
Aku hilang dialam nyata.
Dalam sifat menyatu
Kurenung jejalan silam
Bayangan renta ku kaku
Wajar aku adalah pengemis
Dari dua alam sadar
Aku juga adalah pengembara
Miskin papa kedana
Ilmu apa pun bukan milik ku
Walau menghitung angka
Atau menyusun huruf
Alif berdamah mim
Mengatur jazam menyusun tanwin
Aku buta nahu dan saraf
Aku hilang dialam nyata.
Nukilan Pena Cahaya Minda @26,nov,2018

No comments:
Post a Comment