Thursday, February 28, 2019

Al Quran Suci Adalah Nazir / Pengawas

Al Quran Suci adalah Nazir / Pengawas.
Al Quran sebagai qiam ( penjaga) melaksanakan tugas yang berlipat ganda.Al Quran juga pengawas atas kitab kitab samawi yang terdahulu dengan cara memperbaiki dan membersihkan kesalahan keselahan yang telah meresep didalam kitab kitab itu.dan juga merawat dan sebagai penjaga genarasi genarasi hari ini dan yang akan datang , oleh sebab itu akan memikul kewajiban untuk menjadi penyembuh, merawat memperkembengkan ruhani serta membimbing insan kepada jalan jalan yang membawa kepada penghayatan tujuan hakiki dari kehidupan umat Insan yang agung dan mulia.
Pertama tama dijelaskan sebagai "memberikan peringatan" kemudian menmpaikan khabar suka
Allah SWT berfirman:
قَيِّمًا لِّيُنْذِرَ بَأْسًا شَدِيْدًا مِّنْ لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِيْنَ الَّذِيْنَ يَعْمَلُوْنَ الصّٰلِحٰتِ اَنَّ لَهُمْ اَجْرًا حَسَنًا
qoyyimal liyunziro ba`san syadiidam mil ladun-hu wa yubasysyirol-mu`miniinallaziina ya'maluunash-shoolihaati anna lahum ajron hasanaa
Dia sebagai penjaga , untuk memberi peringatan tentang seksaan yang dashyat dari sisi- Nya dan memberi khabar gembira kepada Insan Insan Mukmin, yang beramal soleh bahawa bagi mereka ada ganjaran (Pahala) yang baik.
(QS. Al-Kahf 18: Ayat 3)
Tentang peringatan itu diulang lagi sebagai
"pemberi khabar suka" ini yang kita temukan dalam surah yang sama ayat 5
Allah SWT berfirman:
وَّيُنْذِرَ الَّذِيْنَ قَالُوا اتَّخَذَ اللّٰهُ وَلَدًا
wa yunzirollaziina qooluttakhozallohu waladaa
"Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata: Allah mempunyai anak."
(QS. Al-Kahf 18: Ayat 5)
Diantara dua peringatan itu Insan insan insan Mukminin telah diberikan khabar gembira.Dua peringatan yang dipisahkan oleh khabar gembira bagi umat Islam itu mengandung tiga Nubuatan.
( a) kekalahan dan kehancuran musuh musuh YM Rasulullah SAW dimasa kehidupan beginda SAW sendiri .
(b) Kejayaan umat Islam puncak menara kekuasaan dan kemuliaan denga cara yang sangat menakjubkan.
(c) setelah berlalu dan terlepasnya Umat Islam dari puncak kejayaan dan kemegahan , munculnya hukuman yang disediakan bagi bangsa bangsa mengumandangkan bahawa NauzuBillah " Allah Ta'ala telah mengambil seorang anak lelaki dari golongan manusia.
Allah SWT berfirman;
مَا لَهُمْ بِهٖ مِنْ عِلْمٍ وَّلَا لِاٰبَآئِهِمْ ۗ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ اَفْوَاهِهِمْ ۗ اِنْ يَّقُوْلُوْنَ اِلَّا كَذِبًا
maa lahum bihii min 'ilmiw wa laa li`aabaaa`ihim, kaburot kalimatan takhruju min afwaahihim, iy yaquuluuna illaa kazibaa
Dan agar memperingatkan orang orang yang mengatakan " Allah telah mengambil seorang anak lelaki.
S.Al Khaf ayat 5.
Disusun Oleh Mln Ramlan Bin Jilie.
(Fail Roh Waqaf 18 Jan 2019)
(1)

No comments:

Post a Comment

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...