Wednesday, February 27, 2019

Nama Tanpa Huruf



Nama tanpa huruf
Hitunglah detik dan ketika
Kita datang dan pergi
Alam cuma persinggahan
Diluar kehendak sukma
Dan akan hijrah bila tiba ketika
Janji dibatas aras hayat
Selalu dengan kesal
Berlalu kerana terpaksa
Detik mendung memerintah alam
Hujan bersiap siaga melaksanakan tugas
Sang bayu berbaris menanti tugas
Kabus tebal menghalang pandang
Sukma mengarah kaki agar berhenti
Smokey terkebil kebil menyelamat diri
Entah dari mana hadirnya
Kenderaan sibuk dengan roda ganas
Tanpa timbang rasa dan simpati
Siap meranapkan jasad kerdil mu
Tangan ini mencapai tengkuk
Anak kecil yang belum mengerti
Yang penting selamat jiwa dan raga
Dari mangsa arus jalan raya 
Comot kurus cengeng cerewet
Andai bukan simpati disukma
Dipinggir jalanlah dia bermukim
Smokey tanpa huruf wujud nama mu
Kelagat nakal gauk menghibur
Pengacau jajal cakah bergurau
Sikap alam mu bukan haiwan
Tapi ibarat sibucu mengusir sepi
Nukilan Pena cahaya Minda @18,oct,2018

Image may contain: cat, tree and indoor

No comments:

Post a Comment

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...