Menanti salam dari seberang
Sunyi sepi segala penjuru
Siul unggas pun lengeng
Kunanti awan berarak
Dari Nabalu kegunung Tahan
Ku tunggu bayu bertiup
Dari Kota bukit keistana gunung
Tapi hanya daun bergoyang
Tanpa khabar tanpa berita.
Siul unggas pun lengeng
Kunanti awan berarak
Dari Nabalu kegunung Tahan
Ku tunggu bayu bertiup
Dari Kota bukit keistana gunung
Tapi hanya daun bergoyang
Tanpa khabar tanpa berita.
Andai sampai sedekat
Menanti tanpa bosan
Kucoret lagi diawan
Aku ternyata sendiri
Merantau dibumi asing
Kicau murai kecoh
Tapi sukar dimengerti
Menanti tanpa bosan
Kucoret lagi diawan
Aku ternyata sendiri
Merantau dibumi asing
Kicau murai kecoh
Tapi sukar dimengerti
Biarlah berabad menanti salam
Dari Nabalu yang gagah
Dari Sentubung yang damai
Dari Numbuyokan yang indah
Dari air padas yang dingin
Atau dari Alam mana sekali
Dari Nabalu yang gagah
Dari Sentubung yang damai
Dari Numbuyokan yang indah
Dari air padas yang dingin
Atau dari Alam mana sekali
Kunyatakan lewat bayu malam
Aku pasti pulang merampak sepi
Kerana sukma bersemayam Diaras Nabalu
Aku adalah anak jati bumi mu
Tidak akan berpusara disini
Biarlah renta meratah wujud
Walau bongkok bertongkat
Janggut.
Aku pasti pulang merampak sepi
Kerana sukma bersemayam Diaras Nabalu
Aku adalah anak jati bumi mu
Tidak akan berpusara disini
Biarlah renta meratah wujud
Walau bongkok bertongkat
Janggut.
Pena Cahaya minda. 04.April.2018

No comments:
Post a Comment